Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Berkenalan Dengan Lesung Batu 2024

Ketawa sinis baca tajuk artikel ni? Atau ada terlintas difikiran “eh..lesung batu pun tak kenal?” atau ada juga anda terfikir nak cakap “lesung pun nak buat artikel.”(mungkin ada banyak juga tu ayat-ayat negatif)

Sila buang jauh-jauh pemikiran anda itu.

Percayalah… zaman serba moden dan canggih ini masih ada yang tidak kenal dengan lesung. Siapa? Budak-budak zaman kini la. Kalau sudah asyik ke hulu ke hilir dengan handphone canggih, dorang mana ada masa nak berkenalan dengan lesung dekat dapur tu. Itu pun kalau di rumah kamu ada lesung.

Tapi, kebiasaannya orang lebih memilih blender atau pengisar elektrik. Bagi memudahkan, cepat serta selamat katanya. Bagi saya selaku penulis, walaupun di rumah sendiri ada sediakan blender, namun lesung batu tetap wajib ada.

Saya lebih suka menggunakan lesung bila hendak memasak. Kononnya aroma bawang yang ditumbuk lebih sedap baunya. (Bagi sayalah). Bagaimana dengan anda? pasti lain pula pendapat anda kan.

Apapun, bagi yang sudah kenal dengan lesung baguslah. Buat yang tidak atau belum mengenali Lesung, haaa…jom berkenalan dengan Lesung Batu.

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan. Ia dianggap sebagai peralatan dapur yang asas selain pisau, periuk dan sebagainya.

Ia digunakan di serata dunia sejak zaman gangsa (atau mungkin sebelumnya) lagi. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat lesung batu berbeza tetapi rekaannya hampir sama dan stabil sepanjang zaman walaupun ia datang dalam pelbagai saiz, bentuk, berat dan komposisi. Kelainan-kelainan ini penting, bergantung kepada kegunaan utamanya. Ia sangat popular digunakan oleh masyarakat desa untuk membuat pelbagai juadah atau bahan masakan dan juga ubat-ubatan.

Kebolehannya untuk menyerap, menguatkan dan mengeluarkan kembali rasa bahan-bahan yang ditumbuk adalah satu daripada keunikannya.

Ia popular terutama sekali di Asia Tenggara dimana pada kebiasaannya ia digunakan untuk menumis atau menumbuk rempah dan perasa masakan seperti gulai. Di barat ia biasanya dikenali sebagai ‘mortar and pestle’ dan mempunyai kegunaan yang hampir serupa walau bergantung kepada keadaan dan budaya masyarakat setempat.

Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata. Pada kebiasaannya, lesung sangat sukar pecah, rapuh atau retak kecuali pada keadaan-keadaan ekstrem tertentu.

kredit : wikipedia

Lesung Batu

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang mana digunakan untuk menumbuk ramuan memasak.

Bagi negara-negara di Asia Tenggara, lesung batu tidak asing lagi bagi mereka kerana boleh dikatakan setiap dapur rumah wajib ada.

Sejarah kewujudan dan penggunaan batu lesung bermula seawal ribuan tahun dahulu, bermula dari Zaman Logam (atau mungkin sebelumnya) dan tetap terus digunakan sehingga ke hari ini.

Lesung batu diperbuat daripada batuan granite monolith (seperti dalam gambar)

Ada juga diperbuat dari tanah liat,marmar dan kayu

Isi Kandungan

Tips Pengunaan Lesung Batu:

Bagi mengubah konsistensi bahan yang dikisar supaya lebih cair, boleh tambahkan sedikit air ke dalam bahan yang sedang dikisar.

Alaskan bawah lesung dengan kain yang tebal bagi mengelakkan bunyi yang kuat dan geseran di permukaan meja/lantai ketika menumbuk bahan. Kain berfungsi menyerap bunyi dan hentakan.

Potong bahan (seperti bawang merah, halia dan kunyit) yang perlu ditumbuk kepada bahagian yang kecil bagi mengelakannya terpelanting keluar!

Sebelum menggunakan batu lesung yang baru dibeli, tumbuk segenggam beras putih ke dalam lesung bagi membersihkan sebarang sisa debu dari bahan lesung itu sendiri dan bilas menggunakan air suam.

Gunakan saiz lesung batu yang bersesuaian dengan kapasitinya bagi mengelakkan bahan yang ditumbuk melimpah keluar.

Tips Penjagaan Lesung Batu:

lesung batu

Pastikan lesung batu dibasuh bersih selepas digunakan bagi menghilangkan bau, warna dan rasa yang melekat. Untuk jenis lekatan degil, lesung boleh dibasuh dengan bahan berasid seperti limau, asam jawa..

Telengkupkan atau keringkan permukaan dalam lesung bagi mengelakkan air bertakung.

Simpan lesung batu di tempat yang bersesuaian bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.

Sekali-sekala tumbuk/ lenyek garam kasar dalam lesung batu untuk meratakan permukaannya.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More