Ini Sebab Utama Kenapa Kad Debit Dan Kad Kredit Ada Tarikh Luput
Adakah Anda Tahu Kad Debit Dan Kad Kredit Ada Tarikh Luput?
Sekarang memang ramai yang membuat pilihan untuk go ‘cashless’ kerana ia lebih senang kerana hanya perlu membawa kad dan imbas sahaja berbanding perlu membawa wang tunai apabila berbelanja.
Pemilihan untuk menggunakan kad debit atau kad kredit ini bukan sahaja memudahkan malah pengguna juga tidak perlu risau tentang kehilangan atau tercicir wang daripada dompet dan sebagainya.
Tetapi adakah anda tahu bahawa Kad Debit Dan Kad Kredit Ada Tarikh Luput? Seperti manusia, kad bank juga mempunyai jangka hayat.
Apabila sudah sampai masanya, kad debit mahupun kad kredit perlu ditukar pada masa yang ditetapkan.
Kebiasaanya tarikh luput tertulis pada kad bank dan lazimnya tujuh tahun selepas kad dibuat adalah tarikh luput kad tersebut.
Isi Kandungan
Ini Sebab Kad Debit Dan Kad Kredit Ada Tarikh Luput
Kenapa Kad Debit Dan Kad Kredit Ada Tarikh Luput?
Sebenarnya tarikh luput ini berfungsi sebagai ‘checkpoint’. Oleh sebab itulah Kad Debit Dan Kad Kredit Ada Tarikh Luput.
Dalam kita tak sedar perkara itu sebenarnya menyelamatkan pengguna daripada ditipu selain dapat mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kad tersebut.
Apabila kad kredit sudah tamat tempoh, pengguna diperlukan untuk menukar kad bank tersebut. Disebabkan zaman teknologi kini bertambah maju, maka ciri keselamatan pada kad band anda juga telah dinaiktaraf, seperti adanya cip Europay, Mastercard and Visa (EMV).
Kemudian, apabila sudah terlampau lama menggunakan kad bank mesti keadaan fizikalnya juga sudah tidak baik sebagai contoh terdapat masalah pada bahagian cip kerana sering keluar masuk daripada mesin juruwang.
Jika korang adalah pengguna tegar kad bank yang sangat selesa pergi ke mana-mana tanpa wang tunai, adalah lebih baik anda sentiasa memeriksa keadaan kad bank anda.
Justeru, itulah sebab utama kenapa Kad Debit Dan Kad Kredit Ada Tarikh Luput dan apabila sudah sampai tarikh luput, pengguna perlu tukar kad yang baharu.
Peraduan Tap & Menang Dengan MyDebit
Bercakap tentang kad debit, kini Mydin telah adakan peraduan Tap & Menang dengan MyDebit.
Buat anda yang memang suka menggunakan kad kredit atau kad debit semasa berbelanja di Mydin, kini anda memang layak untuk menyertai peraduan ini.
Dengan hanya membeli barangan serendah RM66 sahaja sudah layak untuk menyertai peraduan ni.
Bukan itu sahaja, yang paling best anda juga berpeluang menangi hadiah lebih daripada RM280,000 sekiranya berbelanja minimum RM66 dalam satu resit dengan kad bank anda.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk menangi hadiah seperti
- hadiah bonus iaitu baucar Tunai Mydin bernilai sehingga RM2,000.
- hadiah utama, Supermarket Sweep bernilai RM1,000.
Mydin juga menawarkan hadiah mingguan selama 13 minggu dan pemenang akan menerima baucar Tunai Mydin bernilai RM200.
Macam Mana Nak Sertai Peraduan Tap & Menang Dengan MyDebit Ini?
Mudah sahaja untuk menyertai peraduan ini. Anda hanya perlu mengambil gambar resit pembayaran bank dan hantarkan penyertaan anda melalui WhatsApp ke 016 – 622 7998 (atau anda boleh imbas kod QR pada poster di bawah) atau melalui aplikasi Whoop.
Tidak lupa juga untuk anda yang aktif di TikTok, Mydin juga kini berada di platform tersebut dan akan melakukan siaran langsung (live) pada setiap Khamis pukul 8 malam.
Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut wang tunai berjumlah RM280,000 di Mydin berdekatan anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Peraduan tersebut, anda boleh layari saluran-saluran berikut:
Diharapkan info tentang Kad Debit Dan Kad Kredit Ada Tarikh Luput ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.