Cara Aktif, Faedah Dan Kelebihan Kad Prihatin Siswa
Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam (UA) di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.
Untuk makluman semua pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), anda diwajibkan untuk memberi maklum balas pada borang persetujuan yang terdapat dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) universiti masing-masing berkenaan Kad Prihatin Siswa ini.
Isi Kandungan
Kad Prihatin Siswa
Kad Prihatin Siswa (KPS) merupakan cetusan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan ini adalah inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa menerusi aplikasi e-Wallet yang turut diperkenalkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pemegang kad tersebut.
KPS bukan sahaja berfungsi sebagai kad identiti pelajar, malahan ia juga berfungsi sebagai kad debit untuk memudahkan pelajar membuat bayaran tanpa tunai di kampus. Encik Izzat juga berkata bahawa bayaran wang pinjaman PTPTN juga akan dihubungkan dengan kad ini.
“Kad ini fungsinya bukan sekadar kad matrik pelajar sahaja tetapi ia juga mempunyai fungsi lain iaitu sebagai kad debit. Kad ini juga akan dihubungkan secara terus kepada PTPTN.”
KPS ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh KPT bersama UA seluruh negara dengan kerjasama RHB Bank Berhad yang bertujuan untuk menyelaraskan pinjaman mahupun bantuan kewangan serta mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan juga kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kad Prihatin Siswa yang juga merupakan Kad Matrik pelajar sedia ada telah dinaiktaraf dengan gabungan Kad Debit Islamic RHB Bank yang memberikan banyak kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi penggunaan bayaran tanpa tunai di dalam kampus.
Kelebihan Kad Prihatin Siswa
Kad Prihatin Siswa yang juga merupakan Kad Matrik pelajar sedia ada telah dinaiktaraf dengan gabungan Kad Debit Islamic RHB Bank yang memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi penggunaan bayaran tanpa tunai di dalam kampus.
Antara kelebihan lain kad ini adalah:
- Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
- Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
- Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
- Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran / keistimewaan / ganjaran / promosi kepada pelajar IPT.
Anda juga berpeluang mendapatkan pelbagai promosi daripada rangkaian eWallet Boost, FavePay, McDonalds dan Starbucks.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah perodua Axia 1.0 SE atau hadiah-hadiah bulanan apabila anda berbelanja minima RM30. Kempen ini akan berlangsung sehingga 14 Januari 2024.
Faedah Kad Prihatin Siswa
Antara faedah-faedah yang akan diperolehi daripada Kad Prihatin Siswa ini adalah
- Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif KPS.
- Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar universiti bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara PERCUMA.
- Akaun Simpanan-i Pro RHB akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar universiti. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
- Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di universiti.
- Pelajar yang layak boleh memohon untuk dapatkan biasiswa dari Yayasan Pelajar (tertakluk kepada syarat).
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, aduan dan pertanyaan berkenaan Kad Prihatin Siswa boleh diajukan oleh pelajar kepada RHB Customer Contact Centre ditalian 03-92068118 atau emel [email protected] dan untuk memudahkan urusan maklumbalas, pelajar disarankan menyediakan maklumat berikut:
- Isu:
- Nama Pelajar:
- No Kad Pengenalan / Passport Pelajar:
- No Pelajar:
- No. Telefon Pelajar:
- Universiti / Kampus:
- Tarikh & Cawangan RHB yang dikunjungi (jika berkenaan):
- Isu Pelajar:
Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.