Kadar Dividen KWSP 2024 Boleh Disemak Mulai 2 Mac 2025

Untuk makluman, kadar dividen KWSP 2024 telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada baru-baru ini.
Isi Kandungan
Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2024
KWSP telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2024 adalah sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion dan 6.30% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 adalah sebanyak RM73.24 bilion.
“Alhamdulillah, KWSP berbesar hati untuk mengumumkan kadar dividen yang lebih tinggi bagi tahun 2024, didorong oleh pemulihan pasaran global dan domestik, pertumbuhan ekonomi yang kukuh, serta pengurusan portfolio yang berhemah. Dengan memanfaatkan perkembangan positif ini, strategi pelaburan kami yang pelbagai membolehkan kami meraih peluang pertumbuhan, mengoptimumkan pulangan, dan memperkukuh jaminan kewangan jangka panjang untuk ahli kami.
Di peringkat domestik, pelaburan yang kukuh, pasaran buruh yang sihat, dan inflasi yang stabil telah merangsang permintaan, sementara eksport mendapat manfaat daripada kestabilan global dan kitaran pertumbuhan teknologi. Di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024, serta pelan strategik yang lebih luas di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah menarik pelaburan asing dan mengukuhkan ekonomi, selain mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan yang mampan.”
– Pengerusi KWSP, Tan Sri Mohd Zuki Ali –

Bagaimana Akses Penyata Tahunan Dan Semak Dividen Terkini?
Dapatkan penyata tahunan KWSP 2024 anda melalui i-Akaun untuk semakan dividen terkini di bahagian ‘Simpanan’ dan anda boleh menyemak penyata terkini bermula 2 Mac 2025.
Anda boleh log masuk KWSP i-Akaun untuk melihat butiran terkini pada pautan berikut:
>>>Login i-Akaun (Ahli) Disini<<<

Cara Semakan Dividen KWSP
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan dividen secara online melalui i-Akaun KWSP.
Langkah 1 | Layari portal rasmi KWSP. |
Langkah 2 | Pergi kepada ikon “Log Masuk Ahli”. |
Langkah 3 | Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan. |
Langkah 4 | Klik “View Details” di bahagian menu “Dividend”. |
Langkah 5 | Perincian Dividen akan dipaparkan. |
Langkah-langkah mudah untuk mendaftar i-Akaun (Ahli) bagi mereka yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu DISINI.
Kadar Dividen Masa Lalu KWSP
Untuk makluman, berikut adalah senarai kadar dividen terdahulu KWSP, iaitu:
Tahun | Simpanan Konvensional (Setahun) | Simpanan Shariah (Setahun) |
---|---|---|
2023 | 5.50 | 5.40 |
2022 | 5.35 | 4.75 |
2021 | 6.10 | 5.65 |
2020 | 5.20 | 4.90 |
2019 | 5.45 | 5.00 |
2018 | 6.15 | 5.90 |
2017 | 6.90 | 6.40 |
2016 | 5.70 | – |
2015 | 6.40 | – |
2014 | 6.75 | – |
2013 | 6.35 | – |
2012 | 6.15 | – |
2011 | 6.00 | – |
2010 | 5.80 | – |
2009 | 5.65 | – |
2008 | 4.50 | – |
2007 | 5.80 | – |
2006 | 5.15 | – |
2005 | 5.00 | – |
2004 | 4.75 | – |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Kadar Dividen KWSP 2024 ini, anda boleh merujuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!