Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri Di Malaysia

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan Kadar Zakat Fitrah 2025 bagi setiap negeri di Malaysia telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Isi Kandungan
Hukum Keluarkan Zakat Fitrah
Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting.
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”
Riwayat Muslim
Hukum keluarkan zakat fitrah ialah WAJIB ke atas Muslim dengan syarat seperti berikut:
- Beragama Islam (bukan murtad).
- Berakal.
- Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal.
Zakat fitrah adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan pada bulan Ramadan yang bertujuan:
- untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia, dan
- untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang dan malam).

Kadar Zakat Fitrah 2025
Kadar Zakat Fitrah 2025 bagi setiap negeri-negeri di Malaysia mengikut kadar beras yang dimakan adalah seperti berikut:
Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2025 | Cara Bayaran |
---|---|---|
Kedah | RM 7 / RM 14 | Bayaran Secara Online |
Pulau Pinang | RM 7 / RM 10 / RM 15 / RM 25 | Bayaran Secara Online |
Perak | RM 10 / RM 16 / RM 27 | Bayaran Secara Online |
Selangor | RM 7 / RM 15 / RM 22 | Bayaran Secara Online |
Wilayah Persekutuan | RM 7 / RM 15 / RM 22 | Bayaran Secara Online |
Negeri Sembilan | RM 7.50 / RM 12 / RM 22 | Bayaran Secara Online |
Melaka | RM 7 / RM 15 / RM 22 | Bayaran Secara Online |
Johor | RM 7 / RM 12 / RM 20 | Bayaran Secara Online |
Pahang | RM 7 / RM 14 / RM 21 | Bayaran Secara Online |
Kelantan | RM 8 / RM 14 / RM 21 | Bayaran Secara Online |
Terengganu | RM 10 / RM 21 | Bayaran Secara Online |
Perlis | RM 9 | Bayaran Secara Online |
Sabah | RM 7.50 | Bayaran Secara Online |
Sarawak | RM 7.50 | Bayaran Secara Online |
Tempoh Untuk Membayar Zakat Fitrah
Terdapat lima (5) waktu dengan hukum yang berbeza untuk membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:
Hukum | Waktu |
---|---|
Harus | Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa. |
Wajib | Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan. |
Afdal | Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan. |
Makruh | Setelah selesai solat sunat hari raya. |
Haram | Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal. |

Oleh itu, marilah sama-sama kita menunaikan rukun Islam yang keempat ini agar harta kita sentiasa subur, bersih, suci dan berkat disamping kita selalu mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Selamat berpuasa dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Jangan lupa bayar zakat!