Kalendar 2025: Tarikh Lengkap Cuti Umum & Cuti Sekolah Di Malaysia
Berikut adalah kalendar 2025 untuk makluman dan rujukan utama semua rakyat Malaysia diluar sana.
Isi Kandungan
Kalendar Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan Persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, dua (2) negeri Borneo dan tiga (3) Wilayah Persekutuan yang berkeluasan 330,803 km2.
Malaysia adalah sebuah negara dengan budaya yang kaya dan pelbagai, dan kalendarnya adalah mencerminkannya.
Kalendar Malaysia adalah merangkumi pelbagai cuti umum yang meraikan aspek agama, etnik dan sejarah negara.
Beberapa cuti ini adalah kebangsaan, manakala yang lain khusus untuk negeri atau wilayah tertentu.
Kalendar Malaysia juga mengikut Sistem Kalendar Gregorian, tetapi beberapa cuti adalah berdasarkan kalendar lunar Islam atau Cina.
Oleh itu, tarikh cuti ini mungkin berbeza dari tahun ke tahun.
Sistem Kalendar Gregorian
Kalendar Gregorian ialah kalendar suria berdasarkan tahun biasa, iaitu 365 hari dibahagikan kepada 12 bulan dengan panjang yang berbeza.
Sebelas bulan mempunyai sama ada 30 atau 31 hari, manakala bulan kedua, Februari, hanya mempunyai 28 hari pada tahun biasa.
Walau bagaimanapun, hampir setiap empat (4) tahun lompat berlaku, di mana satu hari tambahan, iaitu 29 Februari akan ditambah, dan memanjangkan tahun kalendar Gregorian kepada 366 hari.
Hari tambahan ini juga dipanggil hari interkalari.
Hari-hari dalam setahun dalam kalendar Gregorian pula dibahagikan kepada 7 hari seminggu.
Kalendar Gregorian ialah kalendar sivil yang diterima di peringkat antarabangsa pada hari ini.
Kalendar 2025
Berikut adalah Kalendar 2025 daripada Januari 2025 sehingga Disember 2025.
Semoga perkongsian kalendar 2025 ini bermanfaat untuk rujukan utama anda semua di luar sana.
Artikel Berkaitan: Kalendar Akademik Persekolahan Sesi 2025/2026.