Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Menggunakan Kalkulator Gaji SSPA Secara Online

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Kalkulator Gaji SSPA yang kini tersedia secara online oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Isi Kandungan

Apa Itu Kalkulator Gaji SSPA?

Kalkulator gaji SSPA adalah sebuah sistem secara atas talian (online) yang berfungsi untuk membuat pengiraan anggaran gaji Pegawai Perkhidmatan Awam selepas pelarasan gaji SSPA.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kalkulator gaji yang disediakan di portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) membolehkan Pegawai Perkhidmatan Awam mengetahui secara terperinci jumlah kenaikan gaji yang akan diterima oleh mereka.

Pengiraan ini adalah anggaran sahaja. Pengiraan sebenar gaji adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan SPA dan hanya terpakai kepada pegawai yang menerima opsyen SSPA sahaja.

Pengiraan bagi Perkhidmatan ATM, PDRM, SPRM dan APMM adalah secara berasingan.

Cara Menggunakan Kalkulator Gaji SSPA Secara Online 1

Pelarasan Gaji Penjawat Awam

Pelarasan gaji sebanyak 15% akan berlaku kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga telah mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 7% kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu bermula pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak 8% pada Fasa 1 dan 7% pada Fasa 2.

Pelarasan gaji akan dilaksanakan secara 2 Fasa untuk mengelakkan inflasi berlaku dengan tiba-tiba.

Julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh Penjawat Awam adalah di antara 16.8% sehingga 42.7% setelah mengambil kira Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) 2025 dan pelarasan gaji Fasa 2.

Cara Menggunakan Kalkulator Gaji SSPA Secara Online 2
Cara Menggunakan Kalkulator Gaji SSPA Secara Online 3
Cara Menggunakan Kalkulator Gaji SSPA Secara Online 4

Cara Menggunakan Kalkulator Gaji SSPA

Pegawai Perkhidmatan Awam boleh menggunakan kalkulator gaji pada portal SSPA melalui pautan berikut:

>>>Kalkulator Gaji SSPA<<<

Penjawat Awam perlu memasukkan maklumat gaji seperti Gaji Hakiki Pada 30 November 2024, kemudian pilih Kumpulan Perkhidmatan dan Gred Jawatan yang terkini.

Kemudian, tekan “Kira”.

Pengiraan anggaran gaji anda akan dipaparkan.

Cara Menggunakan Kalkulator Gaji SSPA Secara Online 5

Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana terutamanya semua Penjawat Awam!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More