Kandungan Kalori Roti Canai Hampir 1 Malaysia Tidak Tahu
Kalori Roti Canai menjadi perkara yang tidak diambil tahu oleh majoriti besar rakyat Malaysia. Mereka hanya tahu makan dan makan. Tahukah anda berapa kalori roti canai per hidangan yang anda ambil? Baca artikel ini.
Isi Kandungan
Roti Canai
Roti canai merupakan antara makanan atau hidangan yang menjadi popular dalam rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi, anak kecil amatlah menggemarinya. Jika dahulu, hanya ada satu jenis sahaja roti canai. Akan tetapi, disebabkan perubahan zaman, semakin banyak jenis dan resepi yang dibuat untuk menambahkan kesedapan roti canai ini.
Untuk mendapatkan cara atau resepi roti canai ini, anda boleh juga membaca artikel Resepi Roti Canai yang Lebih Mudah dan Lembut , Roti Lasagna yang Menyelerakan dan Resipi Cucur Roti untuk Anak-anak.
Sejarah Roti Canai
Ramai dan banyak pendapat yang dikemukakan berkaitan kedatangan roti canai ini ke negara Malaysia kita. Antaranya termasuklah kedatangan pencanai dari India datang ke Malaysia yang dijadikan sebagai buruh pekerja semasa zaman pemerintahan British. Selain itu, roti canai terhasil kerana tingkah laku pencanai itu yang menebarkan, menguli dan menggolekkan doh canai itu.
Akan tetapi, roti canai telah menjadi makanan yang popular dalam kalangan rakyat di Malaysia. Bagaimana dengan kalorinya? Jom kita teruskan pembacaan artikel ini.
Kalori
Secara umunya, kalori merupakan sejenis unit yang digunakan untuk mengukur kandungan dalam sesuatu makanan atau minuman yang di ambil. Atau lebih tepatnya, jumlah tenaga yang diperolehi manusia daripada makanan yang mereka makan, atau minuman yang mereka minum.
Jumlah kalori yang diperlukan oleh manusia juga akan berbeza-beza. Ada manusia yang memerlukan kalori yang lebih banyak untuk tubuh badannya. Ada juga segelintir manusia memerlukan jumlah kalori yang sedikit. Kesemua ini adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Jantina.
- Usia.
- Umur.
- Tinggi dan berat.
- Tahap/kadar aktiviti fizikal yang dilakukan dalam sehari.
Pengiraan Kalori Makanan
Anda boleh mengira jumlah kalori makanan yang perlu anda ambil dalam sehari dengan menggunakan Kalkulator Kalori Harian. Anda hanya perlu memasukkan beberapa maklumat yang berkaitan. Laman web ini nboleh diakses secara atas talian dengan menggunakan:
- Telefon Pintar
- Tablet
- Komputer/Laptop
Anda boleh mengetahui jumlah kalori yang anda perlukan dalam sehari untuk memastikan keadaan badan yang sihat. Mungkin kedengaran agak leceh dan kecil, tetapi amat berguna apabila dipraktikkan.
Cara Menggunakan Kalkulator Kalori
Berikut merupakan langkah yang boleh anda ikuti untuk menentukan nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari:
- LANGKAH PERTAMA: Anda perlu melayari laman web Kalkulator Kalori Harian. Boleh tekan link di sini.
- LANGKAH KEDUA: Anda perlu memasukkan maklumat yang diminta. Sekiranya anda tidak ingat angka yang tepat, cukuplah sekiranya memasukkan anggaran sahaja.
- Jantina.
- Umur semasa.
- Tingi anda yang terkini.
- Berat.
- Kadar anda beraktiviti seharian. (Pilih salah satu kategori anda).
- LANGKAH KETIGA: Anda perlu menekan butan “Calculate”.
- LANGKAH KEEMPAT: Di bahagian bawah, anda dapat melihat ringkasan nilai kalori yang anda perlu ambil. Sama ada untuk:
- Jumlah kalori yang diperlukan untuk kurangkan berat badan.
- Jumlah kalori yang diperlukan untuk kekalkan berat badan.
- Jumlah kalori yang diperlukan untuk tambakan berat bada.
- LANGKAH KELIMA: Anda boleh membuat perancangan menu seharian anda untuk mencapai tahap kesihatan yang ideal.
Fungsi Lain Laman Web Kalkulator Kalori
Anda juga boleh menggunakan laman web lain atau aplikasi yang tersedia ada bagi pengiraan kalori yang anda perlukan. Selain daripada pengiraan kalori yang diperlukan, anda juga boleh:
Kira jumlah BMI anda. Link pautan di sini.
Kira berat badan ideal anda. Link pautan di sini.
Kira kalori senaman anda. Link pautan di sini.
Kira diet yang anda perlukan. Link pautan di sini.
Kalori Roti Canai Yang Anda Tidak Tahu
Secara menyeluruhnya, sekeping roti canai mempunyai nilai kalori sebanyak 300 kalori. Nilai kalori ini boleh dikatakan agak banyak untuk sekali makan. Bayangkan jikalau seseorang itu mengambil sehingga 3 keping roti canai? Itu belum lagi dicampurkan dengan nilai kalori bagi kuah kari atau kuah dal.
Bukan itu sahaja, kalori roti canai sebanyak 300 ini juga dikatakan menyamai:
- 7 Pusingan larian padang bola sepak.
- Berlari selama 1 jam 15 minit.
- Lari sejauh 2800 meter.
Di bawah ini merupakan jumlah kandungan yang ada pada sekeping roti canai:
KARBOHIDRAT |
LEMAK |
PROTEIN |
50 GRAM |
10 GRAM |
9.4% |
Perbandingan Kalori Roti Canai dan Hidangan Lain
Selain daripada roti canai, terdapat juga beberapa jenis makanan yang selalu diambil di waktu pagi yang perlu anda perhatikan. Kepada mereka yang menjaga berat badan, mereka amatlah menitikberatkan nilai kalori dalam sesuatu makanan sebelum memakannya.
- Hidangan sarapan pagi(kebiasaannya)
JENIS HIDANGAN |
JUMLAH KALORI/HIDANGAN BIASA |
Nasi Lemak |
400 – 500 Kalori |
Nasi Goreng |
630-650 Kalori |
Mee Goreng |
280-300 Kalori |
Mee Kari |
500-520 Kalori |
- Hidangan lain-lain
JENIS HIDANGAN |
JUMLAH KALORI |
Burger |
470-500 Kalori |
Aiskrim |
380-400 Kalori |
Roti manis/Donut |
200-210 Kalori |
Chicken Chop |
355-370 Kalori |
Pizza |
280-300 Kalori |
Cara Bakar Kalori Roti Canai
Berikut merupakan perkara yang anda perlu lakukan untuk menghilangkan kalori roti canai sebanyak 300 ini:
AKTIVITI |
TEMPOH |
Berlari |
35 Minit |
Berbasikal |
46 Minit |
Berenang |
25 Minit |
Berjalan |
84 Minit |
*TIPS:
Sekiranya anda ingin berdiet dengan memakan roti canai sahaja di awal pagi, anda perlu memastikan bahawa segala resepi biasa yang digunakan untuk memasak roti canai diubah. Cadangannya adalah seperti di bawah:
- Gunakan tepung yang mempunyai nilai serat tinggi.
- Gunakan marjerin sebagai pengganti kepada minyak masak.
- Tambahkan sayuran-sayuran ke dalam resepi roti canai anda.
- Jikalau anda berbuat sedemikian, kalori roti canai akan menurun sehingga 280 kalori.
Soalan Lazim Kalori Roti Canai
Berapakah nilai kalori dalam roti canai yang biasa?
- Jumlah kalori bagi roti canai biasa sekeping adalah sebanyak 300 kalori. Akan tetapi, nilai ini akan bertambah berdasarkan resepi atau cara anda memasaknya seperti memakan bersama kuah kari dan susu.
Bolehkah sekiranya saya ingin mengambil roti canai di pagi hari?
- Ya, anda juga amatlah disarankan untuk menjalankan aktiviti bagi membakar kalori anda. Jika tidak, ia akan menjadi lemak simpanan dalam badan anda.
Perlukah saya mengambil jumlah makanan berdasarkan nilai kalori yang badan saya perlukan?
- Anda digalakkan berbuat sedemikian agar badan anda berada dalam keadaan ideal. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, pelbagai jenis makanan yang dicipta, anda perlu mengawalnya dengan sebaik mungkin.
Pastikan Anda Tahu Kalori Roti Canai Sebelum Makan
Setelah perkongsian artikel kalori roti canai ini, moga-moga anda akan mendapat ilmu atau input yang baharu. Artikel ini bukan bermaksud untuk melarang anda memakan roti canai atau menceritakan keburukan khasiat roti canai, akan tetapi sekadar perkongsian semata-mata.
Jagalah pemakanan anda bermula dari awal. Rancanglah pemakanan anda. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.