Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lokasi Kamera AwAS (Speed Trap JPJ) Di Seluruh Malaysia Terkini

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai teknologi Kamera AwAS yang terkini di seluruh Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Kamera AwAS?

Kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) merupakan penjenamaan semula yang menggabungkan Automated Enforcement System (AES) dan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

AwAS ialah satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Kamera AwAS yang baru ini dibekalkan oleh Syarikat Ekin dan telah memenangi Anugerah Inovasi Jerman 2022.

Lokasi Kamera AwAS (Speed Trap JPJ) Di Seluruh Malaysia Terkini 1

Fungsi & Kelebihan

Berbeza dengan kamera AES yang lama, kamera AwAS dilengkapi dengan kemampuan pengawasan 360 darjah. Ini bermakna ia boleh memantau kenderaan dari semua arah dan memberikan pengawasan yang lebih menyeluruh.

Sistem kamera AwAS ini juga menggunakan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera ini beroperasi dengan lebih baik.

Lokasi Kamera AwAS Di Seluruh Malaysia

Lokasi kamera AwAS di Lebuhraya PLUS terkini yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah seperti berikut:

Lokasi Kamera AwAS (Speed Trap JPJ) Di Seluruh Malaysia Terkini 2
Arah Utara– KM 1: Johor Bahru
– KM 151.4: Pagoh
– KM 184.2: Jasin
– KM 214.4: Alor Gajah
– KM 301.6: Kajang
– KM 375.9: Slim River
– KM 299.9: Kampar
– KM 204.6: Taiping
– KM 174: Bandar Baharu
– KM 97.2: Kuala Muda
Arah Selatan– KM 1: Johor Bahru
– KM 146.8: Pagoh
– KM 185: Bemban
– KM 214.4: Alor Gajah
– KM 328.8: Behrang
– KM 166: Seberang Perai Selatan
– KM 96.3: Kuala Muda

Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan secara rasmi senarai lokasi kamera AwAS di seluruh Malaysia yang terkini seperti berikut:

KategoriNegeriLokasi
Had Laju (Lebuhraya)Johor– KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh (arah Utara)
– KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh (arah Selatan)
– KM 1 Lebuhraya PLUS-Johor Bahru (arah Utara)
– KM 1 Lebuhraya PLUS-Johor Bahru (arah Selatan)
Had Laju (Lebuhraya)Melaka– KM 214.4 Lebuhraya PLUS-Alor Gajah (arah Selatan)
– KM 214.4 Lebuhraya PLUS-Alor Gajah (arah Utara)
– KM 184.2 Lebuhraya PLUS-Jasin (arah Utara)
– KM 185 Lebuhraya PLUS-Jasin (arah Selatan)
Had Laju (Lebuhraya)Selangor– KM 18 Lebuhraya GCE (arah Utara)
– KM 18 Lebuhraya GCE (arah Selatan)
– KM 28.4 Lebuhraya ELITE (arah Utara)
– KM 17 Lebuhraya ELITE (arah Selatan)
Had Laju (Lebuhraya)Kedah– KM 96.3 Kuala Muda-Kuala Muda (arah Selatan)
– KM 97.2 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda (arah Utara)
– KM 174 Lebuhraya PLUS-Bandar Baharu (arah Utara)
Had Laju (Lebuhraya)Pulau Pinang– KM 166 Lebuhraya PLUS-Seberang Perai Selatan (arah Selatan)
Had Laju (Lebuhraya)Perak– KM 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah Utara)
– KM 204.6Lebuhraya PLUS-Taiping (arah Utara)
– KM 299.9Lebuhraya PLUS-Kampar (arah Utara)
– KM 382.8Lebuhraya PLUS-Behrang (arah Selatan)
Had Laju (Lebuhraya)Negeri Sembilan– KM 21, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) (arah Selatan)
– KM 21, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) (arah Utara)
Had Laju (Lebuhraya)Terengganu– KM 256.1-LPT2
– KM 288.6-LPT2
Had Laju (Jalan Persekutuan)Perak– KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Sungkai
Had Laju (Jalan Persekutuan)Kelantan– KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Lampu IsyaratKedah– KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth / Kuala Muda (arah Alor Setar)
– KM 1 Jalan Gurun-Sik / Kuala Muda (arah Gurun)
– KM 1 Jalan Gurun-Sik / Kuala Muda (arah Sik)
– KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth
Lampu IsyaratPerak– Jalan Pasir Puteh
– KM 26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar
– KM 4 Jalan Setiawan-Lumut / Manjung (arah Lumut)
– KM 4 Jalan Setiawan-Lumut / Manjung (arah Setiawan)
– KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur / Batang Padang-Slim River (arah Kuala Lumpur)
– KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur / Batang Padang-Slim River (arah Ipoh)
– KM 11, Jalan Setiawan Ipoh (arah Setiawan)
– KM 14, Jalan Ipoh-Pusing, Ipoh (arah Setiawan)
– KM 38 Jalan Ipoh-Kampar, Kampar (arah Ipoh)
– KM 8 Teluk Intan-Hutan Melintang / Hilir Perak-Teluk Intan
Lampu IsyaratWilayah Persekutuan Kuala Lumpur– Jln Klang Lama-Jln Sepadu
– Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (arah Sentul)
Ditangguhkan Pengoperasian Bagi Tujuan Kajian Semula LokasiSelangor– KM 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE)
– KM 301.6 Lebuhraya PLUS, Kajang
Ditangguhkan Pengoperasian Bagi Tujuan Kajian Semula LokasiWilayah Persekutuan Putrajaya– KM 1.6 Lebuh Sentosa

Pada Jun 2024, Kerajaan Malaysia telah menyatakan hasrat untuk memasang lebih banyak kamera AwAS kerana ia didapati sangat berkesan, dengan lebih 99% pematuhan direkodkan menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Justeru, senarai di atas mungkin akan berubah dan dikemaskini oleh pihak JPJ dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut terkini mengenai kamera AwAS ini, sila rujuk Lokasi Penguatkuasaan Kamera AwAS dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More