Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terdapat 7 Kategori OKU Di Malaysia, Semua Perlu Ambil Tahu!

Kami yakin masih ramai lagi yang tidak mengetahui bagaimana untuk menentukan seseorang itu adalah Orang Kurang Upaya (OKU) atau tidak, bukan?

Justeru, berikut kami ingin kongsikan semua kategori OKU yang terdapat di Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu OKU?

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, ‘OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.’

Terdapat 7 Kategori OKU Di Malaysia, Semua Perlu Ambil Tahu! 1

Kategori OKU

Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu seperti berikut:

Kategori OKUMaksud
Kurang Upaya PendengaranSeseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas dengan kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Contoh OKU pendengaran adalah Microtia, Atresia, Anotia, Treacher Collins, Goldenhar Syndrome dan sebagainya.
Kurang Upaya PenglihatanSeseorang individu tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad pada kedua-dua belah mata. Contoh OKU penglihatan adalah Albanism.
Kurang Upaya PertuturanSeseorang individu tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan dalam berkomunikasi dengan sempurna serta tidak boleh difahami oleh orang yang berinteraksi dengannya. Contoh OKU pertuturan adalah Hypernasality dan Hyponasality.
Kurang Upaya PembelajaranSeseorang individu mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usianya. Contoh OKU pembelajaran adalah seperti Autisme, Sindrom Down, ADHD dan sebagainya.
Kurang Upaya FizikalOKU fizikal yang bermaksud keadaan di mana berlaku kehilangan sebahagian atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuklah kehilangan tangan, kaki, jari tangan atau jari kiri.
Kurang Upaya MentalOKU mental yang melibatkan individu berpenyakit mental teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun oleh pakar psikiatri. Individu yang mengalami ketidakupayaan jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan diri atau perhubungannya dalam masyarakat. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.
Kurang Upaya PelbagaiOKU pelbagai iaitu melibatkan individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

Kod yang digunakan untuk menentukan kategori OKU ini adalah seperti berikut:

  1. Kurang Upaya Pendengaran – DE
  2. Kurang Upaya Penglihatan – BL
  3. Kurang Upaya Pertuturan – SD
  4. Kurang Upaya Fizikal – PH
  5. Kurang Upaya Pembelajaran – LD
  6. Kurang Upaya Mental – ME
  7. Kurang Upaya Pelbagai – MD

Berikut adalah contoh Kad OKU di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Terdapat 7 Kategori OKU Di Malaysia, Semua Perlu Ambil Tahu! 2

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More