Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kebaikan Evening Primrose Oil (EPO)

Isi Kandungan

Apa itu Evening Primrose Oil (EPO)?

Evening Primrose atau di dalam bahasa Latin Oenothera Biennis juga dikenali sebagai ‘evening star’.  Merupakan tumbuhan yang unik yang banyak terdapat di kawasan iklim sederhana di Amerika Utara dan Eropah serta di seluruh tempat di dunia yang mempunyai iklim yang sama. 

Evening Primrose Oil (EPO) dihasilkan daripada biji benih tumbuhan ini.  EPO lazimnya digunakan dalam pemakanan tambahan dan kosmetik.

 

Evening Primrose Oil

Bahan aktif

Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak omega-6, asid gamma-linolenik dan asid linoleik (asid lemak perlu).

Antara kebaikan Evening Primrose Oil (EPO) :-

  • Melegakan Simptom Pra-haid (Pre-Menstrual Syndrom-PMS)

EPO mampu membantu wanita yang mengalami simptom pra-haid (premenstrual syndrom -PMS) seperti perubahan hormon dan mood dan ketidakselesaan payudara.  Ia juga boleh membantu mengawal dan melancarkan kitaran haid.

  • Mengurangkan simptom menopaus

Membantu mengurangkan simptom menopaus pada wanita sebagai contoh ketidakselesaan badan akibat ketidakstabilan hormon iaitu panas badan dan seram sejuk, kemurungan, kekejangan otot dan kekeringan faraj.

  • Kulit lebih sihat dan muda berseri

Menjadikan pengamalnya awet muda. 

EPO memberi manfaat kepada kulit yang kering atau berminyak.  Ia dapat membantu melembapkan dan melembutkan kulit apabila disapukan pada kulit.

  • Masalah kulit

EPO pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit serta alahan.  Ia mampu mengurangkan simptom ekzema dan dermatitis.  EPO bagus diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

 

  • Masalah rambut

Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.

  • Bagus untuk kuku

Menguatkan kuku dan boleh memperbaiki struktur kuku yang mengelupas atau mudah patah.

  • Osteoporosis

Pengambilan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan bagus untuk menguatkan struktur tulang dan mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

 

  • Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol

Kandungan GLA dalam EPO merupakan asid lemak Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menjadi punca penyempitan saluran darah, penyebab utama serangan jantung dan stoke.

 

  • Diabetic Neuropathy

EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan simptom gangguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes / kencing manis.

 

Kebaikan lain EPO :-

 

  • Membantu mencegah kanser terutamanya kanser payudara
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Mengurangkan radang dan sakit sendi
  • Melegakan sclerosis

 

**TIPS TAMBAHAN :

Pengambilan EPO bersama-sama Fish Oil  lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja. Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang boleh meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda. 

 

Kesan Sampingan

 

Evening Primrose Oil secara umumnya diterima baik oleh semua golongan.  Namun terdapat kesan sampingan ringan yang mungkin akan dialami antaranya :-

  • Sakit kepala
  • Gangguan gastrointestinal seperti cirit-birit, kembung perut, loya

sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Menarik untuk anda baca: Keistimewaan Madu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More