Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kebaikan Minyak Kelapa Sawit untuk Kesihatan

Minyak kelapa sawit adalah sejenis minyak sayuran yang di proses dari buah kelapa sawit.

Ia mengandungi kandungan lemak tepu yang amat tinggi.

Minyak kelapa sawit banyak diproses menjadi minyak masak, marjerin, dan lain-lain lagi.  Ia juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri.

Isi Kandungan

Kebaikan Minyak Kelapa Sawit untuk Kesihatan

1#  Meningkatkan Sistem Imun 

Minyak sawit dapat membantu memberikan tenaga dan meningkatkan penyerapan nutrisi yang larut dalam lemak seperti vitamin A, D, dan E kerana ia kaya dengan lemak.

Ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imun badan dan menjaga kesihatan tulang, mata, mulut, paru-paru, kulit, dan hati.

2#  Mencantikkan Kulit

Kandungan beta-karotena dan tokotrienol yang terdapat dalam minyak kelapa sawit membuat kulit anda kelihatan segar, lembut dan sihat.

Epidermis kulit akan menyerap nutrisi ini untuk pelindungan dari sinar ultraviolet.

3#  Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Boleh membantu menurunkan paras kolesterol yang boleh mengakibatkan risiko tekanan darah tinggi sehingga dapat mencegah aterosklerosis pada pembuluh darah dan serangan strok.

4#  Bagus untuk Wanita Hamil

Tingginya kandungan vitamin A, D, dan E yang ditemui dalam minyak kelapa sawit amat bagus diamalkan oleh wanita hamil secara teratur kerana tubuh tidak boleh secara semulajadi mengekalkan vitamin ini di dalam tubuh badan.

5# Mencegah Kanser

Radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel sihat bermutasi menjadi sel kanser.  Antioksidan adalah sebatian defensif yang dapat mencegah kanser dengan meneutralkan radikal bebas.

Minyak kelapa sawit mempunyai kandungan tocopherol yang tinggi iaitu sejenis vitamin A antioksidan semulajadi.   Ia sangat bermanfaat untuk diamalkan bagi mencegah kanser.

6# Meningkatkan Tenaga 

Salah satu komponen utama minyak sawit adalah beta-karoten.  Beta-karoten adalah sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan mengimbangkan hormon dalam badan.

7#  Memelihara Sistem Kardiovaskular 

Walaupun minyak kelapa sawit mempunyai kandungan HDL dan kolesterol LDL yang tinggi, namun begitu minyak kelapa sawit tetap dapat mengekalkan keseimbangan kolesterol baik bagi tubuh badan untuk memastikan sistem kardiovaskular anda berada dalam keadaan baik dan sihat.

minyak kelapa sawit

8#   Baik untuk Mata

Beta-karoten dan antioksidan yang terdapat dalam minyak kelapa sawit juga sangat penting untuk meningkatkan fungsi penglihatan anda.  Ia dapat mencegah masalah penglihatan antaranya degenerasi makula dan katarak.

9.# Mengelakkan Penyakit Otak

Antioksidan pada kelapa sawit ini juga bermanfaat untuk membantu mencegah degenerasi saraf dengan menghentikan radikal bebas yang merosakkan otak dan jaringan saraf, juga meningkatkan peredaran darah ke otak, bagi mengelakkan punca penyakit otak seperti Demensia, Alzheimer, Parkinson, dan penyakit mental yang lain.

Walaupun banyak khasiat yang boleh kita dapat dari minyak kelapa sawit,  tidak bermakna anda perlu mengamalkanya secara berlebihan.  Memadai diamalkan secara bersederhana sahaja.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More