Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama 2 Bahan Special Ini iaitu Garam Bukit dan Ais Batu
Adakah anda sering berasa letih dan lesu? Berasa sakit-sakit badan? Sudah mencuba pelbagai cara namun masih lagi tidak berhasil.
Mungkin anda boleh mencuba tips yang dikongsikan dari facebook Petua Orang Lama ini. Tidak salah untuk mencuba kerana ia tidak memudaratkan.
Isi Kandungan
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu
Baik untuk gout, sakit kepala , sakit badan , lesu , minor stroke, sakit urat , tidak lena tidur malam, badan berasa berat dan penat.
☆Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu
Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan air yang di campurkan dengan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari Gangguan Jin.
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu angin yang tidak elok.
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat, lenguh tengkuk, kerap sedawa, kerap kembung perut.
Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang sukar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala pula atau bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan ini.
Menurut Perubatan Islam , sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan Insya Allah dengan izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.
Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengan daun bidara, limau nipis dan garam bukit. Kesannya amat baik untuk dalaman tubuh badan kita.
Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki :-
- Surah Al Fatihah 7x
- Surah Al Ikhlas 7x
- Selawat 7x
Insya Allah dengan Izin Allah, kaki badan akan berasa ringan.
Menurut Perubatan Islam , Kesan Gangguan makhluk halus adalah seperti :-
- Kaki anda berasa pijar bila di rendam kaki anda dalam air
- Lenguh dan kebas pada kaki
- Sakit mencucuk di kaki
Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan islam dan ia juga adalah sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat, Insya Allah dengan izin Allah, sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Walaubagaimanapun, ia adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.
Kredit: sakura pelangi empire
sumber : Petua Orang Lama