Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KEBURUKAN MAKANAN YANG DI PROSES

Isi Kandungan

KEBURUKAN MAKANAN PROSES?

Pada masa kini terdapat banyak makanan yang telah diproses di pasaran.
 
Tujuannya adalah untuk memudah dan menjimatkan masa pengguna dalam penyediaan makanan harian.
 
Tetapi tahukah anda tanpa anda sedari, makanan proses ini boleh menjadi pembunuh senyap.

Apakah makanan proses?

Makanan yang telah di proses dengan bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya tahan lebih lama.  Kaedah pemprosesan yang digunakan adalah seperti menyejuk beku, dehidrasi dan proses aseptik.

Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi untuk tujuan keselamatan dan penggunaan yang mudah dan di bungkus menggunakan pembungkusan seperti tin, plastik, kaca dan sebagainya.

Ia mempunyai tarikh luput dan perlu dimakan sebelum tamat tempoh.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memproses makanan :-

 
  • Pewarna
  • Perisa
  • Pengawet
  • Pemanis
  • Penstabil
  • Peluntur
  • Pengemulsi
  • Bahan melembutkan
KEBURUKAN MAKANAN
KEBURUKAN MAKANAN KEBURUKAN MAKANAN KEBURUKAN MAKANAN

 

Sudah terbukti terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bagus dalam makanan yang diproses.

Setiap satu bahan berikut mempunyai fungsi yang berbeza dalam membuatkan makanan tersebut  lebih tahan lama untuk disimpan dan lebih sedap tapi ketahuilah, makanan tersebut bukan menu sihat seperti yang kita gambarkan.
 
Bahan-bahan masakan di dapur rumah kita juga kebanyakkannya adalah makanan yang diproses.  Contohnya seperti sardin, sosej, mee segera, dan sebagainya.

 

Adakah benar makanan yang diproses penyebab kanser?

Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya yang boleh menyebabkan penyakit jantung.   Ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh.

Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen iaitu bahan yang mengalakkan pembentukan sel kanser.   Contohnya, individu yang kerap makan daging yang diproses seperti sosej akan berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.

Selain itu, makanan yang diproses mempunyai kandungan gula, lemak dan garam yang tinggi, serta kurang nutrien dan serat.  Ia menjadi salah satu punca peningkatan masalah obesiti dan juga penyakit kronik di seluruh dunia.

 

 

Mencegah lebih baik

Mungkin di atas permintaan yang tinggi dan dengan gaya hidup zaman sekarang yang  terlampau sibuk dengan kerja, tidak hairanlah kenapa semakin banyak makanan yang di proses di pasaran.

Akan tetapi anda digalakkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang di proses ini.  Sebaiknya pilihlah makanan yang baru di masak dan lebih sihat untuk menu setiap hari.

Lebih baik mencegah daripada mengubati.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More