Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Keguguran Bayi: Punca dan 5 Tanda Mengalami Keguguran

Keguguran dalam kalangan bayi sering berlaku sejak dahulu lagi. Disebabkan itu petua orang-orang tua dahulu, di awal kehamilan elakkan dihebahkan lagi. Paling kurang apabila kandungan melepasi trimester pertama iaitu usia kandungan dalam 3 bulan begitu, baru boleh beritahu orang lain berita gembira tersebut. Ini kerana dikhuatiri jika berlaku sebarang perkara tidak diingini pada kandungan itu seperti keguguran, iaitu kandungan tidak dapat diselamatkan lagi, akan beri kesan yang tidak baik pada ibu hamil dan keluarga.

keguguran

Dan tahukah kita, kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 22 minggu mengandung. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), k3guguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu. Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda-tanda hidup juga dirujuk sebagai keguguran jika berlaku kurang dari 22 minggu. K3guguran ini berlaku kepada 8-20% ibu mengandung.

Isi Kandungan

Faktor penyebab keguguran

Jika kita mengulas tentang keguguran, pastinya banyak perkara yang kita akan sentuh, ia berkaitan faktor, penyebab kenapa berlakunya k3guguran, punca, rawatan ibu yang mengalami k3guguran perlu berpantang atau tidak serta banyak lagi. Justeru, di sini mari kita lihat apakah faktor yang boleh menyebabkan ibu k3guguran anak dalam kandungan.

Faktor berlakunya keguguran menurut Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi;

  1. Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
  2. Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur  lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%.  Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
  3. Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
  4. Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan k3guguran.
  5. Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan k3guguran
  6. Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)
  7. Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
  8. Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
keguguran

Tanda keguguran sering berlaku pada ibu hamil

Terdapat beberapa tanda berkemungkinan ibu hamil menglaami keguguran. Antara tanda tersebut adalah;

  1. Kekejangan perut. Rasa kejang seperti menarik ini adalah salah satu tanda keguguran. Kekejangan itu akan berlaku dalam masa yang agak lama juga dan tidak hilang walaupun telah ikhtiar dengan rawatan tradisional dan lain-lain.
  2. Sakit perut. Kekejangan dan sakit ini datang serentak. Sakit yang luar biasa dan mungkin tidak pernah dirasai sepanjang tempoh kehamilan berlangsung. Sakitnya itu datang dari dalam perut iaitu pangkal rahim.
  3. Perlepasan cecair dan keluar darah. Antara tnada yang senang nak dipastikan adalah apabila keluar darah. Ada ibu hamil yang keluar darah jenis berketul, terutama apabila pembentukan janin telah berlaku, yang keluar itu adalah darah bersama janin. Namun, ada juga yang hanya keluar darah semata-mata. Namun begitu, ada juga kes di mana darah keluar tapi kandungan masih selamat dan tidak gugur. Jadi, apapun perlu dapatkan kepastian dan rawatan dari doktor ya.
  4. Kehilangan pergerakan bayi. Seperti selalu, jika mengandung, ibu wajib melakukan rutin ‘checkup’ bulanan di klinik atau hospital. Semasa checkup ini pihak Kesihatan akan memeriksa kandungan ibu dan memeriksa bayi seperti jantung, pergerakan dan sebagainya. Semasa pemeriksaan itu biasanya akan diketahui jika terdapat sebarang masalah pada kandungan.
keguguran

Penutup

Diharap perkongsian ini beri manfaat pada semua. Ingat, jika mengalami sebarang masalah ataupun merasakan ada benda yang tak kena dengan kandungan ini, pastikan dapat perhatian dari doctor atau petugas Kesihatan di klinik mahupun hospital. Semoga semua ibu hamil sentiasa sihat dan dapat jalani momen kehamilan ini dengan gembira dan senang hati. Mudah-mudahan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More