Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Madu .. Apakah Keistimewaanya?

Madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan.

Isi Kandungan

Bagaimana Terhasil?

Sifat fizikalnya seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan serta komposisi kimia yang bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Proses untuk mendapatkanya juga sangat susah dan bahaya kerana mendapat sambutan yang tinggi di pasaran.

Secara umumnya, ia boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu :-

  • Monoflora

Madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka.

  • Poliflora

Dikenali juga sebagai multiflora ialah yang dihasilkan lebah yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis ini seperti madu tualang dan madu asli.

madu

Kandungan Madu

Hampir semua jenis mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Komposisi utama ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat keringnya. Gula utama dalamnya ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Sebagi Sumber Probiotik

Probiotik adalah bakteria hidup yang memberi manfaat kepada kesihatan apabila dimakan dalam jumlah mencukupi.

Ia pula mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia.

Antara fungsi probiotik ialah menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrien dan pada masa sama menghasilkan vitamin, seperti vitamin B-12 dan seterusnya membantu menyihatkan usus dan menyembuhkan penyakit gastrik.

Asid Amino

Kandungan asid amino dalamnya iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

Justeru, dalam perubatan tradisional ia digunakan sebagai penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan.

Zat Vitamin dan Mineral yang terkandung didalamnya

Vitamin yang terkandung dalamnya termasuk vitamin B, vitamin A dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalamnya pula ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Enzim

Dalamnya ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih.  Enzim utama ialah invertase, diastase dan glukosa oksidase. Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukannya secara semula jadi.

Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Antipengoksidaan

Penerbitan saintifik juga membuktikan ia mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C.

Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, dan melambatkan proses penuaan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca yang budiman. Untuk mendapatkan info-info menarik lain, anda boleh layari pagi TcerdotMy.

Menarik untuk anda baca: Bahaya terkena cakaran kucing

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More