Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Adakah Kejatuhan Rejim Assad Pada 8 Disember 2024 Suatu Kemenangan?

Berikut dikongsikan sedikit info terkini mengenai perkembangan Syria selepas kejatuhan rejim Assad dan adakah ia merupakan sebuah kemenangan untuk umat Islam?

Isi Kandungan

Penubuhan Negara Syria

Syam merujuk kepada kawasan sebelah Utara Asia Barat. Barat mengenali kawasan tersebut adalah sebagai Levant.

Selepas dijajah, kolonial membahagikan Syam kepada Palestin, Syria, Lubnan dan Jordan.

Syria ialah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di Mediterranean Timur dan Levant. Ia bersempadan dengan Laut Mediterranean di Barat, Turki di Utara, Iraq di Timur dan Tenggara, Jordan di Selatan, dan Israel dan Lubnan di Barat Daya.

Adakah Kejatuhan Rejim Assad Pada 8 Disember 2024 Suatu Kemenangan? 1

Kejatuhan Rejim Assad

Pada 8 Disember 2024, pemerintahan diktator Republik Arab Syria di bawah Parti Ba’ath pimpinan Bashar al-Assad ditumpaskan di tengah-tengah serangan besar yang dilakukan tentera pembangkang diketuai Hayat Tahrir al-Syam dalam perang saudara yang berterusan sejak 2011.

Kejatuhan kawalan ke atas bandar raya Damsyik menandakan berakhirnya rejim totalitarian keluarga Assad yang telah memerintah Syria turun-temurun sejak ayah Bashar Hafez menjadi presiden pada 1971 berikutan Revolusi Pembetulan.

Kejatuhan rejim Assad berlaku selepas kumpulan anti-rejim memperoleh kejayaan besar dengan menawan Damsyik pada Ahad baru-baru ini dan itu menandakan kejatuhan pemerintahan Parti Baath sejak 1963.

Adakah Kejatuhan Rejim Assad Pada 8 Disember 2024 Suatu Kemenangan? 2
Bashar al-Assad pada 2024, lebih kurang tujuh bulan sebelum beliau digulingkan.

Usaha & Sokongan Daripada Negara-Negara Arab Untuk Syria

Menurut laporan daripada Agensi Anadolu, beberapa negara Arab menyambut baik perkembangan terkini yang melanda di Syria yang menyaksikan tampuk pimpinan Bashar Al-Assad digulingkan, sambil menyeru langkah-langkah untuk memastikan kestabilan, pembangunan dan mengelakkan huru-hara yang berterusan.

Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan, pihaknya sedang “memantau perkembangan di Syria” dan berpuas hati dengan langkah positif yang diambil untuk melindungi rakyat Syria, mencegah pertumpahan darah, serta memelihara institusi dan sumber negara.

Sementara itu, Kementerian Luar Qatar pula menekankan keperluan untuk memelihara institusi negara dan mengekalkan perpaduan bagi mengelakkan kekacauan.

Kementerian Luar Bahrain turut menyuarakan sokongan dengan menegaskan komitmennya terhadap kestabilan, kedaulatan, dan integriti wilayah Syria.

Sementara itu, Kementerian Luar Mesir juga memberi tumpuan terhadap perkembangan di Syria, sambil mengulangi sokongan terhadap kedaulatan dan perpaduan rakyatnya.

Kaherah menggesa semua pihak di Syria untuk memelihara sumber negara, mengutamakan kepentingan nasional dan memulakan proses politik bagi mencapai perdamaian dalaman serta memulihkan kedudukan Syria di peringkat serantau dan antarabangsa.

Raja Jordan, Raja Abdullah II menegaskan sokongan negaranya terhadap rakyat Syria dengan menghormati pilihan mereka serta menekankan keperluan untuk mengutamakan keselamatan dan kestabilan bagi mengelakkan kekacauan.

Di Iraq, jurucakap kerajaan Basim al-Awadi berkata Iraq sedang memantau rapat perkembangan di Syria dan berinteraksi dengan rakan kongsi antarabangsa bagi mempromosikan kestabilan dan keselamatan.

Presiden Palestin melalui agensi berita rasmi WAFA mengulangi solidariti dengan rakyat Syria, menekankan kepentingan mengembalikan peranan Syria di rantau ini.

Usaha & Sokongan Daripada Malaysia Untuk Syria

Menurut Sumber daripada Kementerian Luar Negeri Malaysia, Malaysia turut mengikut rapat perkembangan di Syria dan menekankan keperluan mendesak untuk penyelesaian jangka panjang dan mampan terhadap situasi di negara tersebut, dengan berlandaskan:

  • Undang-undang Antarabangsa,
  • Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan
  • Resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.

Malaysia percaya bahawa perlindungan institusi nasional utama serta kebajikan dan kepentingan rakyat Syria seharusnya menjadi keutamaan semasa tempoh peralihan ini, sementara kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Syria dihormati sepenuhnya.

Malaysia menyeru semua pihak untuk membuka dialog yang inklusif dan konstruktif bagi membuka jalan kepada pemulihan dan keamanan serta kestabilan jangka panjang di Syria.

Malaysia menyokong hak rakyat Syria untuk menentukan masa depan mereka selaras dengan aspirasi mereka yang sah.

Adakah Kejatuhan Rejim Assad Kemenangan Bagi Negara Islam?

Pemimpin utama di sebalik kumpulan pembebas Syria, Abu Mohammed al-Jolani menyifatkan kejatuhan rejim Assad atau penggulingan Presiden Bashar al-Assad ini adalah sebagai “Kemenangan Bagi Seluruh Negara Islam.”

“Kemenangan ini wahai saudaraku, adalah kemenangan bagi seluruh umat Islam. Kejayaan baharu ini saudara-saudaraku, menandakan satu lembaran baharu dalam sejarah rantau ini,” kata Ketua Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) iaitu sebuah kumpulan yang sebelum itu dikenali sebagai Nusra Front.

Adakah Kejatuhan Rejim Assad Pada 8 Disember 2024 Suatu Kemenangan? 3
Selepas Kejatuhan Rejim Assad.

Semoga sedikit perkongsian mengenai kejatuhan rejim Assad ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More