Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Kek Pisang Chocolate Chip Homemade Moist & Creamy

Berikut admin ingin kongsikan resepi kek pisang chocolate chip yang sangat sesuai dihidangkan untuk menu potluck atau pada open house Hari Raya.

Isi Kandungan [show]

Resepi Kek Pisang Chocolate Chip

Resepi kek pisang chocolate chip yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Khairulaming.

Tekstur dalamnya sangat moist, padat dengan coklat dan lagi sedap dihidangkan dengan sos kastard yang creamy ini sangat sesuai untuk potluck / menu dessert pada open house Hari Raya.

Nak makan sejuk-sejuk boleh, nak makan panas-panas pon boleh!

Resepi Kek Pisang Chocolate Chip Homemade Moist & Creamy 1
Kek Pisang Chocolate Chip

Khairulaming adalah seorang pencipta kandungan digital (content creator), personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia yang sangat terkenal di Malaysia dengan tagline “Hey, what’s up guys?” pada permulaan setiap videonya.

Follow akaun TikTok dan Instagram Khairulaming untuk dapatkan resepi terkini, menarik dan viral yang dikongsikan olehnya.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat kek pisang chocolate chip ini terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut:

Bahan Untuk Kek Pisang Chocolate Chip– 6 Biji Pisang
– 2 ½ Cawan Tepung Gandum
– 2 Sudu Kecil Bikarbonat Soda
– 2 Sudu Kecil Baking Powder
– 1 Sudu Kecil Garam
– 4 Biji Telur
– ½ Cawan Susu Pekat
– 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
– 1/3 Blok Butter
– 1 Cawan Chocolate Chip / Chocolate Coins
– Hirisan Pisang & Chocolate Chip (Untuk Hiasan)
Bahan Untuk Sos Kastard– 1 Tin Susu Cair
– ½  Cawan Air
– 2 Sudu Gula
– 1 ½ Tepung Kastard
– 1 Sudu Kecil Esen Vanilla

Cara Penyediaan

Pertama sekali, kita perlu membakar kek pisang chocolate chip kita terlebih dahulu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Lenyek kasar pisang di dalam satu bekas besar.
  2. Masukkan tepung gandum.
  3. Masukkan bikarbonat soda, baking powder dan garam.
  4. Kemudian, masukkan telur.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanilla.
  6. Masukkan butter yang telah dicairkan.
  7. Gaul rata semua bahan.
  8. Kemudian, masukkan chocolate chip ke dalam adunan.
  9. Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang.
  10. Letakkan beberapa hirisan pisang dan chocolate chip di atas adunan dan bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 50 minit.

Kemudian, barulah kita akan membuat sos kastard untuk dimakan bersama-sama kek pisang chocolate chip seperti langkah-langkah berikut:

  1. Di dalam satu bekas, masukkan susu cair, air dan gula.
  2. Kemudian, masukkan tepung kastard dan esen vanilla.
  3. Kacau rata semua bahan.
  4. Kemudian, masukkan ke dalam kuali dan masak sehingga ia menjadi pekat dan boleh tutup api dan hidangkan / tuang di atas kek pisang chocolate chip tadi.
  5. Boleh potong dan hidangkan bersama-sama nasi impit, lemang, ketupat dan rendang pada rumah terbuka Hari Raya anda!

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More