Kelantan FC Bakal Terima RM175 Ribu, Ini Perancangan Zamsaham
Kelantan FC bakal terima RM175,000 iaitu wang hadiah selaku Naib Juara Liga Perdana.
Dan apa yang menarik adalah pemilik Kelantan FC iaitu Norizam Tukiman berhasrat untuk memberikan bonus kepada staff dan juga pemain selain akan diinfaqkan.
“InshaAllah sebahagian akan sy keluarkan sebagai bonus pd staff / pemain dan infaqkan.”
Perkara ini sememangnya perkara biasa dek kerana sikap Zamsaham yang dikatakan pemurah dan tidak lokek.
Kelantan FC Bakal Terima RM175 Ribu
Sebagai rekod, ini adalah musim keempat berturut-turut pasukan The Red Warriors beraksi dalam Liga Premier, dan tahun ini mungkin peluang terbaik mereka untuk muncul juara mengambil kira semuanya tampak ‘cantik’ di kem pasukan terutamanya bab pengurusan, pembayaran gaji dan kebajikan pemain.
Namun dek kerana beberapa kecederaan yang melanda TRW menjadikan mereka pincang di beberapa perlawanan akhir
Sejak mengambil alih pasukan TRW pada September 2020 dengan nilai RM6.8 juta, Zamsaham telah menyelesaikan sepenuhnya segala masalah hutang dan tunggakan gaji yang membelenggu mereka sejak bertahun-tahun lamanya.