Kelantan Sekat Rokok Dalam Stadium
Kelantan Sekat Rokok Ke Dalam Stadium. Kelantan FC kini telah mengumumkan bahawa larangan merokok dalam kawasan stadium telah pun mula dikuatkuasakan.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh laman rasmi pasukan, inisiatif ini diambil bagi memastikan keselesaan dalam perkarangan stadium dapat diwujudkan terutamanya kepada golongan ibu dan juga kanak-kanak.
Kelantan Sekat Rokok Dalam Stadium
Malah, hal ini turut disahkan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham yang turut memuat naik perkara ini di laman Facebooknya hari ini. Beliau turut menyeru kepada para penyokong setia The Red Warriors agar dapat turun memeriahkan perlawanan pada hari ini.
Sebelum ini, terdapat suara para penyokong menzahirkan kebimbangan terhadap situasi ini selepas asap dan juga puntung rokok ditemui berkeliaran dalam kawasan stadium sekaligus meyebabkan situasi kurang senang terhadap sebahagian penyokong di sana.
Kelab ternyata cakna dengan perkara ini sekaligus mengumumkan bahawa rokok, membuah rusuhan, membuang sampah dan juga larangan membawa makanan dan minuman dari luar stadium. — MakanBola