Kelulusan Rentas Negeri Hanya Diberi Isnin-Khamis Kecuali Tujuan Kecemasan
Isi Kandungan
KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.
Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat (iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.
Pergerakan Rentas Hujung Minggu
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, pergerakan pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) tidak akan diluluskan, namun ini tidak termasuk bagi urusan melibatkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.
Perkara ini dinyatakan dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan jam 9.15 malam, 19 April 2021.
Sumber Facebook PDRM
Artikel lain: Jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis