Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM Bagi Lepasan SPM 2022

Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM kini dibuka bagi tahun 2023 untuk semua pelajar yang berminat dan berkelayakan.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), boleh membuat semakan kelayakan dan membuat permohonan pada tarikh yang ditetapkan bagi melancarkan proses kemasukan.

Isi Kandungan

Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM

Tingkatan 6 Aliran Tahfiz merupakan pengajian selama 3 semester yang menggabungkan hafazan Al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester.

Aliran ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai hafazan yang baik dan cemerlang dalam pembelajaran.

Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM

Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM

Senarai Sekolah Yang Menawarkan Aliran Tahfiz KPM

Senarai sekolah yang menawarkan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM ini adalah seperti berikut:

  1. SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
  2. SMK Agama Kedah, Kedah
  3. SMK Agama Maahad Muar, Johor
  4. SMK Agama Kerian, Perak
  5. SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
  6. SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
  7. SMK Agama Shiekh Haji Othman Abd Wahab, Sarawak
  8. SM IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar-pelajar yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti syarat-syarat permohonan yang berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun 2023.
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran / Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau
  4. Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din / Al-Syariah / Manahij al-‘Ulum al Islamiah / Turath al-Quran dan al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah.
  5. Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah / Al-Adab wa al-Balaghah / Turath Bahasa Arab.
  6. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.
  7. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui panduan di bawah:

  • Layari pautan berikut:

>>>Permohonan Ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM<<<

  • Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  • Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan.
  • Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Untuk makluman, permohonan telah dibuka dan telah tamat pada 14 Jun 2023 lalu. Jadi, tujuan artikel ini ditulis untuk tujuan semakan status permohonan serta permohonan untuk rayuan bagi mereka yang tidak berjaya pada permohonan lalu.

Semakan Status & Rayuan

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk ke sesi temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 bermula pada 17 Jun 2023.

Bagi calon yang tidak berjaya dalam permohonan, mereka boleh mengemukakan surat rayuan ke alamat e-mel [email protected] di Bahagian Pendidikan Islam bermula 03 hingga 10 Julai 2023.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM ini, anda boleh terus ke laman sesawang Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang sedang dalam mencari hala tuju kehidupan masing-masing.

Semoga info berkaitan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM ini bermanfaat untuk anda yang memerlukan! Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More