Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai kemudahan dalam SSPA yang telah diperincikan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Isi Kandungan

Pekeliling Perkhidmatan SSPA Berkuatkuasa 1 Disember 2024

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Disember 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). 

Penjawat Awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah SSM atau memilih SSPA dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024. 

Justeru, semua Penjawat Awam boleh memuat turun dan rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan SSPA Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelarasan gaji, elaun, pencen dan mengenai kemudahan dalam SSPA yang telah diperincikan.

Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 1

Definisi Kemudahan Dalam SSPA

Kemudahan didefinisikan sebagai suatu faedah atau manfaat tambahan selain gaji dan imbuhan yang boleh diberikan atas budi bicara Kerajaan bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan, menarik dan mengekalkan bakat serta menjamin kesejahteraan pegawai.

Pemberian kemudahan dalam perkhidmatan awam adalah menjurus kepada tiga (3) objektif utama seperti yang berikut:

  • memastikan kesinambungan perkhidmatan supaya penyampaian perkhidmatan Kerajaan adalah terjamin, produktif dan berkesan;
  • menarik dan mengekalkan bakat supaya dapat mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti dan berdaya saing dalam perkhidmatan awam; dan
  • memelihara kesejahteraan pegawai dengan meningkatkan kualiti kesihatan dan keseimbangan hidup, menyokong pelaksanaan tanggungjawab sosial serta menjaga imej dan status.

Prinsip & Kriteria Pemberian Kemudahan Dalam SSPA

Kemudahan diperuntukkan berdasarkan empat (4) prinsip iaitu holistik, khusus, dinamik dan bersasar.

    Kriteria pemberian kemudahan kepada pegawai diperkemas dan diperhalusi lagi supaya lebih jelas dan objektifnya berdasarkan lima (5) kriteria seperti yang berikut:

    1. Budaya kerja produktif bagi meningkatkan prestasi pegawai, pencapaian dan penambahbaikan organisasi secara berpanjangan.
    2. Motivasi melaksanakan tugas kepada pegawai yang memikul tanggungjawab dan risiko dalam melaksanakan tugas hariannya supaya pegawai lebih bermotivasi dan bersemangat untuk meningkatkan prestasi perkhidmatannya.
    3. Kesihatan dan keseimbangan hidup bagi menyokong usaha mencapai keseimbangan hidup dan penjagaan kesihatan secara keseluruhannya.
    4. Tanggungjawab sosial pegawai diperkasa melalui pemberian kemudahan agar dapat menyokong pembangunan ummah, memperkasakan perpaduan dan keharmonian masyarakat.
    5. Imej dan status diberi perhatian bagi menjaga kedudukan pegawai pada pandangan masyarakat umum di samping memperkukuh posisi dan tanggungjawab dalam struktur organisasi Perkhidmatan Awam.

    Pemberian Kemudahan Baharu

    Terdapat dua (2) kemudahan baharu di bawah SSPA yang diwujudkan bagi memelihara kesejahteraan pegawai dengan mengimbangi kehidupan dan keperluan tugas seperti yang berikut:

    Kemudahan Vaksin Atas Asas Keperluan Perkhidmatan– Pemberian kemudahan vaksin akan diberikan kepada pegawai yang diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk mengambil vaksin atas sebab keperluan perkhidmatan / keperluan melaksanakan tugas.
    – Jenis vaksin dan kadar pemberian adalah berdasarkan sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
    – Pelaksanaan pemberian kemudahan ini boleh dirujuk dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia.
    Cuti Tanpa Rekod Kelompok– Pewujudan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok yang lebih fleksibel dengan bilangan hari maksimum 20 hari setahun kalendar merupakan gabungan 13 CTR sedia ada dengan tujuh (7) CTR baharu.
    – Pegawai boleh mengambil mana-mana jenis CTR Kelompok mengikut syarat yang ditetapkan dan mengatur bilangan hari CTR yang diambil mengikut keperluan pegawai tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
    – Pelaksanaan pemberian kemudahan ini juga boleh dirujuk dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia.
    Kemudahan Dalam SSPA

    Penambahbaikan Kemudahan Dalam SSPA

    Sebanyak 58 kemudahan sedia ada yang dikekalkan tanpa pindaan dan penjenamaan semula nama kemudahan juga dibuat ke atas beberapa kemudahan yang dikekalkan ini.

    Kemudahan sedia ada yang ditambah baik melibatkan perubahan kepada syarat, kadar dan nama seperti berikut:

    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 2
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 3
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 4
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 5
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 6
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 7
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 8
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 9
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 10
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 11
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 12
    Kemudahan Dalam SSPA: Definisi, Prinsip & Kriteria Pemberian 13

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai kemudahan dalam SSPA ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

    Untuk makluman, Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kini boleh diakses oleh pengguna.

    Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

    Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

    This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More