Kenaikan Pangkat TBBK Kementerian Pendidikan Malaysia Fasa 1/2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) KPM bagi Fasa 1/2025.
Isi Kandungan
Notis Pemakluman Urusan Kenaikan Pangkat TBBK KPM Fasa 1/2025
Dimaklumkan bahawa urusan kenaikan pangkat secara TBBK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan dibuka untuk calon yang layak bermula Januari sehingga Jun 2025.
Urusan ini melibatkan PPP:
- Gred DG10 hingga DG14 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSPA); dan
- Gred DG44 hingga DG54 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Permohonan boleh dibuat melalui Sistem ePangkat bermula 17 Februari 2025.

Tarikh Penting Urusan Kenaikan Pangkat TBBK Fasa 1/2025
Berikut adalah tarikh-tarikh penting mengenai urusan ini, iaitu:
Tarikh | Tempoh | Peringkat | Keterangan |
---|---|---|---|
17 Februari 2025 (Isnin) – 2 Mac 2025 (Ahad) | 14 Hari | Pemohon | – Tempoh permohonan calon dibuka. – Tarikh tutup pada 2 Mac 2025, sebelum jam 11.59 malam. – Calon bertanggungjawab sepenuhnya untuk: 1. Menyemak dan mengesahkan maklumat / dokumen perkhidmatan yang dimuat naik dan dikemas kini oleh Ketua Jabatan di Sistem ePangkat / eOperasi / HRMIS bagi permohonan masing-masing. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan untuk dikemaskini sebelum tarikh tutup permohonan calon; 2. Membuat sendiri permohonan urusan kenaikan pangkat sebelum tarikh tutup permohonan calon dengan menggunakan log masuk ID sendiri. Sekiranya tidak memohon sehingga tamat tempoh permohonan, calon dianggap menolak permohonan kenaikan pangkat secara TBBK; dan 3. Mencetak sendiri slip akuan penghantaran permohonan selepas berjaya memohon. – Sebarang pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan adalah TIDAK DIBENARKAN selepas tarikh tutup permohonan calon (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi). |
3 Mac 2025 (Isnin) – 16 Mac 2025 (Ahad) | 14 Hari | Ketua Jabatan (Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian di Bahagian, IAB, IPG Kampus, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional) | – Tempoh Perakuan Ketua Jabatan (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) kepada JPN / Bahagian. – Tarikh tutup pada 16 Mac 2025, sebelum jam 11.59 malam. – Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk: 1. Memuat naik dan mengemas kini maklumat-maklumat semua PPP di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK), Sistem HRMIS, Sistem eOperasi dan Sistem ePangkat; 2. Memastikan semua maklumat perkhidmatan di dalam Sistem ePangkat SAMA seperti yang tercatat dalam BPK; 3. Memastikan kesahihan, ketepatan dan keteraturan maklumat yang telah dimuat naik; 4. Memastikan SEMUA calon yang genap tempoh perkhidmatan melayakkan mengemukakan permohonan urusan kenaikan pangkat; 5. Memastikan penggunaan PENGALAMAN PPPLD hanya digunakan sekali sahaja dalam perkhidmatan tanpa mengira laluan kenaikan pangkat (TBBK Ex-PPPLD / Guru Besar Ex-PPPLD / Guru Cemerlang Ex-PPPLD) bagi PPP yang terlibat; 6. Memastikan pegawai yang tidak memohon sehingga tamat tempoh permohonan calon mengisi LAMPIRAN F – Akuan Penolakan Memohon TBBK; dan 7. Merekodkan penolakan tersebut dalam BPK pegawai. – Sebarang pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan adalah TIDAK DIBENARKAN selepas tarikh tutup permohonan calon (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi). |
17 Mac 2025 (Isnin) – 25 April 2025 (Jumaat) | 40 Hari | Penyemak / Pengesah di JPN, Bahagian, IAB, IPGM | – Tempoh perakuan Penyemak / Pengesah di JPN, Bahagian, IAB, IPGM kepada BPSM, KPM. – Tarikh tutup pada 25 April 2025, sebelum jam 11.59 malam. – Tiada sebarang perakuan dibenarkan selepas tarikh tutup permohonan calon. |
Maklumat Penting Urusan Kenaikan Pangkat TBBK Fasa 1/2025
Urusan ini terbuka kepada:
Kategori Perkhidmatan | Gred Jawatan (SSM) | Gred Jawatan (SSPA) |
---|---|---|
PPP Lepasan Siswazah | DG44 hingga Gred DG54 | DG10 hingga Gred DG14 |
PPP mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)* | DG41 / DG42 ke Gred DG44 DG44 ke Gred DG48 | DG9 ke DG10 DG10 ke DG12 |
Urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI.
Calon WAJIB log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing.
Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan untuk dikemaskini. Pengemaskinian tersebut hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan calon.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan urusan Kenaikan Pangkat TBBK KPM Fasa 1/2025 ini, sila layari Sistem Kenaikan Pangkat (e-Pangkat) atau e-mel kepada [email protected].
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!