KEPUTIHAN : 5 PERKARA YANG WANITA WAJIB TAHU
Keputihan atau nama saintifiknya Fluor Albus atau Leukore adalah satu kondisi yang berlaku kepada wanita di mana keluarnya lendir berwarna putih atau seakan-akannya dari lubang faraj. Boleh jadi juga lendir itu berwarna krim dan berketul-ketul.
Isi Kandungan
Jenis keputihan
Keputihan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu keput1han fisiologis dan keput1han patologik. Keput1han yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.
Manakala satu jenis keput1han lagi iaitu patologik lebih bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keput1han fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.
5 Fakta Penting Keputihan
Di sini kami senaraikan 5 fakta penting tentang keputihan hasil kompilasi dari yang dinyatakan menerus laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu PORTAL MyHealth yang wanita wajib ambil tahu. Jom kita tengok apakah 5 fakta tersebut;
- Keputihan boleh terjadi akibat ketidakstabilan hormon dalam tubuh.
- Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah dan menyebabkan keputihan keluar dengan banyak.
- Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj.
- Jika lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian.
- Wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah berisiko menjadikan keputihan biasa menjadi lebih serius hingga boleh mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.
Cara mencegah keputihan
Keputihan adalah normal buat semua wanita. Bezanya adalah sikit atau banyak. Namun, ianya masih boleh dicegah jika kita menjaganya dengan betul. Berikut adalah beberapa tips atau info cara pencegahan keputihan;
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja.
- Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
- Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
- Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Penutup
Kunci utama untuk penyakit dalaman wanita ini adalah kebersihan! Jagalah kebersihan dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan bukan sahaja masalah ini, tetapi juga masalah dalaman yang lain.
Setiap wanita itu tidak terlepas dari pelbagai masalah kesihatan dalam seperti yang kami kongsikan ini dan juga pelbagai penyakit lain seperti PCOS dan Cyst. Jika berlarutan pastikan dapat nasihat dan pemeriksaan doktor,. Jangan dibiarkan kerana bimbang akan lebih memudaratkan.
Selamat bermanfaat dan sentiasa sihat buat seluruh wanita!