Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022
Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara (UITM) kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:
Isi Kandungan
Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara
Jawatan Akademik
Jawatan Pentadbiran
Tarikh tutup permohonan: 30 September 2022
Lokasi :UiTM
Sektor :Kerajaan
Kelulusan Minimum :PHD, Master, Ijazah, Diploma/STPM, Sijil dan SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Status Pelantikan :Tetap/kontrak
Cara Memohon
- Untuk Bukan Staf UiTM
- Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 12 hingga 30 September 2022 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja dengan bayaran RM10.00. Setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.
- Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.
- Pembelian nombor pin BSN boleh dibuat melalui :
- Kaunter cawangan BSN;
- Mesin ATM BSN; atau
- Perbankan internet BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
- Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
- Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
- Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
- Untuk Staf UiTM Sahaja
-
-
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap dan kontrak di mana pelantikan dibuat oleh Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam hendaklah memohon melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf → eProses & Sistem Sokongan → ePengambilan Staf.
-
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN
Mohon perhatian, iklan kerja kosong di Universiti Teknologi Mara (UITM) ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.
Maklumat Tambahan Kerja Kosong di Universiti Teknologi Mara
Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.