Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 adalah antara bahan-bahan terbaik yang kami ada. Bahan yang terdapat di sini memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan secara menyeluruh mengikut prinsip bahawa semua mata pelajaran yang terkandung dalam KSSM memainkan peranan yang penting bagi memenuhi keperluan jasmani, rohani, emosi dan intelek untuk membantu perkembangan potensi individu.

Berdasarkan prinsip ini, pendidikan merupakan satu usaha berterusan seperti yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia. Proses pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku secara berterusan sejak kita dilahirkan sehingga kita mati. Prinsip inilah yang telah diterapkan dalam KBSM dan KSSM, yang menggalakkan manusia menuntut ilmu sama ada secara formal ataupun tidak.

Peperiksaan mampu mempertingkatkan motivasi diri seseorang menjadi lebih cemerlang dan merupakan salah satu jalan yang cerah untuk kecemerlangan ilmu dan kehidupan di masa hadapan di samping menilai kemampuan pelajar untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu perancangan yang rapi telah dilakukan agar segala bahan yang dimuatkan di sini Peperiksaan secara umumnya dapat ditakrifkan sebagai satu cara untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yg diikuti. Ianya telah dijadikan alat menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Peperiksaan juga merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Isi Kandungan

Dapatkan “Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

 KOLEKSI

 SUBJEK

  • Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

SAINS

SEJARAH

GEOGRAFI

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN SENI

SAINS KOMPUTER

BAHASA ARAB

BAHASA CINA

BAHASA TAMIL

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (PSK)

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)

Petua penting untuk calon-calon skor dalam peperiksaan

1) Pastikan untuk mengulang kaji semenjak awal

Jangan amalkan budaya ‘last minute study’, kerana kemampuan otak kita ada batasannya.

Memang kita boleh untuk tidak tidur selama beberapa hari untuk menghabiskan semua mata pelajaran yang akan kita duduki, tetapi ini akan menjejaskan keupayaan sebenar otak kita. Lebih elok untuk hanya mengulang kaji sejam atau dua jam sehari bagi beberapa bulan secara berterusan daripada mengulang kaji bersungguh-sungguh selama seminggu dengan kurangnya masa untuk berehat (tidur).

Hindarkanlah diri dari sifat malas.

Bayangkanlah dengan mengulang kaji secara serius selama setahun atau dua tahun untuk SPM, ianya dapat membuat hidup kita menjadi lebih selesa di masa yang akan datang selama bertahun-tahun. Janganlah kita menjadi orang yang sesal dan rugi di kemudian hari.

2) Elok untuk mengulang kaji secara berkumpulan, kerana dengannya dapat kita bertukar-tukar maklumat, membuat latihan bersama-sama dan bertanya apa sahaja yang kita tidak tahu dengan rakan-rakan yang lain

Pastikan juga, sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita menjadi seorang yang aktif dan tidak lokek dengan segala ilmu yang kita ada, jangan hanya ‘makan seorang’ sedangkan kita juga mengambil beberapa ilmu dari rakan-rakan yang lain.

Tidak salah untuk menyelitkan beberapa slot masa untuk berjenaka ataupun bergosip bersama. Tetapi, kalau waktu ‘study group’ dihabiskan dengan 90% dari masanya hanya untuk bergosip pasal artis, yang tu memang salah.

Kalau kita rasa begitu terdesak, boleh juga untuk mengambil beberapa subjek di kelas tambahan (tuition).

3) Cuba amalkan ‘study smart’ rather than ‘study hard’

Kadangkala kita mesti berasa pelik bila tengok kawan-kawan yang study cuma beberapa jam berbanding kita yang hampir sehari suntuk study, tapi last-last, result yang dia dapat lagi hebat dari kita.

Biasanya orang sebegini mempunyai kaedah berkesan untuk mengulang kaji, seperti membuat nota ringkas (mengambil perkataan-perkataan/bahagian-bahagian yang penting sahaja), membuat peta minda (mind mapping) dan sering bertanya kepada guru untuk kepastian.

Cuba juga untuk mencari buku/bahan yang menerangkan dengan panjang lebar mengenai kaedah ‘study smart’. Elok juga untuk mengikuti kursus motivasi jika dianjurkan oleh sekolah masing-masing.

Ulang kaji kertas-kertas soalan bagi beberapa tahun yang lepas bagi semua subjek yang diambil, pasti kita akan nampak trend soalan yang akan keluar, dan jangan bergantung hanya pada ‘spot questions’!

4) Apabila hampir dengan tempoh peperiksaan, cuba hindarkan diri dari timbul perasaan panik.

Walaupun kita sudah mengulang kaji dengan sebaik mungkin, tetapi jika perasaan panik ini menyerang, ini akan menyebabkan keadaan darah gemuruh (nervous) di dalam hati dan mungkin akan menjejaskan prestasi semasa sesi menjawab soalan nanti.

Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2
Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2

Pastikan kita mendapat tidur yang cukup (tidur yang cukup penting untuk kecergasan otak, kerana otak dapat berehat dan mendapat lebih bekalan oksigen), mengambil makanan yang seimbang (makan buah gajus baik untuk kecerdasan minda) dan menjaga kesihatan secara menyeluruh (ambil vitamin, suplemen tambahan dsb.) menjelang peperiksaan nanti.

5) Yang paling penting, pastikan memohon restu dari ayah dan bonda

Mohonlah agar mereka berdoa untuk kejayaan anda. Pastikan diri kita juga tidak melupakanNya.

Banyakkanlah beribadat dan berdoa agar kita dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi detik-detik peperiksaan nanti. Jiwa yang bersih, pasti mindanya begitu juga.

Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan agama. Insya-Allah semua akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang.

Sumber Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 : Facebook Midhat Nabil

Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2

Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More