Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM SAINS PERLIS 2019

KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM SAINS PERLIS 2019 ini adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.

Portal ini dibangunkan untuk membantu para guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform latih tubi serta ulang kaji untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.

Isi Kandungan

Dapatkan ” Kertas Soalan Percubaan SPM SAINS 2019 Negeri PERLIS” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila “download” dengan  menggunakan “link” yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam bentuk ‘PDF’.

SUBJEK

SOALAN & SKEMA JAWAPAN

  • KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM SAINS NEGERI PERLIS 2019

 

TIPS PENTING CALON PERLU BUAT UNTUK SKOR A+ SUBJEK SAINS SPM

  1. KUASAI KEMAHIRAN PROSES SAINS

Kemahiran Proses Sains(KPS) merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid khususnya dalam menjalani penyiasatanatau eksperimen Kemahiran Saintifik Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif Asas Bersepadu. Berikut adalah Kemahiran Proses Sains yang perlu kita kuasai untuk Skor Subjek Sains.

  • Membat pemerhatian
  • Mengelaskan
  • Mengukur menggunakan nombor
  • Membuat inferens
  • Meramalkan
  • Berkomunikasi dengan graf
  • Menyatakan hubungan ruang masa
  • Mentafsir data
  • Membuat definisi secara operasi
  • Mengawal pemboleh ubah
  • Membuat hipotesis

 

  2. BELAJAR DARI GAMBARAJAH

Gambarajah memainkan peranan penting untuk memudahkan kita menghafal/memahami bagi sesuatu perkara. Anda juga boleh rujuk disini untuk nota dari Cikgu Diana.

Penggunaan Teknik Lakaran dan Kuasai Gambarajah membantu pelajar mengingati fakta dengan mudah. Perlu disedari bahawa Sains SPM Kertas 1 secara purata 30 soalan simulasi gambarajah, kertas 2 Sains SPM Bahagian A simulasi gambarajah begitu juga bahagian B dan C ia merangkumi lebih enam soalan. Sekiranya pelajar menjawab soalan gambarajah dengan baik, kepujian Sains SPM dalam tangan.

Soalan peperiksaan Sains tidak terlepas dari gambarajah saintifik sama ada gambarajah struktur, organ, radas eksperimen dan ada masanya gambar foto yang sebenar.

3. INGAT SECARA KREATIF

Ramai kalangan guru mencari idea untuk memastikan para pelajar memahami akan sesuatu konsep/formula mengikut kreativiti masing-masing.

Antaranya penggunaan tubuh badan seperti gengaman tangan dan tapak tangan membantu pelajar mengingat sistem saraf ( sukatan Sains tingkatan empat ) adalah antara contoh yang mudah dari ratusan tip yang ada.

4. USAHA DAN TAWAKAL

Selain mengamalkan semua teknik, tips dan kaedah serta Usaha gigih pelajar, kita seharusnya sentiasa berdoa dan bertawakal pada Nya agar dipermudahkan dalam pembelajaran dan peperiksaan. Memelihara adab dan hubungan baik dengan guru, ibu bapa, rakan sebaya merupakan azimat terbaik untuk ilmu yang diberkati.

 

Kesimpulan

Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM SAINS PERLIS 2019

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More