Sumber Rujukan Globalisasi Anda

OFFICAL KES COVID 19 TERTINGGI DI MALAYSIA

Kes Covid 19 hari ini merupakan kes yang paling tinggi dicatatkan di negara kita semenjak kes ini tular pada awal tahun.

Sebanyak 432 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.

  1. Kedah dan Sabah terus mencacatkan kes baru terbanyak dengan masing-masing 231 dan 130 kes.
  2. Ini diikuti oleh Selangor (34), Kuala Lumpur (7) dan Terengganu (5).
  3. Kecuali Perlis dan Pulau Pinang, setiap negeri mencacatkan kes baru.
  4. Jumlah kes aktif semasa sebanyak 2,336 kes.
KES COVID 19 TERTINGGI
COVID 19 COVID 19

Status COVID 19

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 57
Jumlah kumulatif discaj: 10340 (80.7%)
Jumlah kes baru: 432
Jumlah kumulatif: 12813
Jumlah kes aktif: 2336
Kes tempatan:429 (409 WN, 20 BWN)
Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 137 (1.07%)
Jumlah kes di ICU: 32
Pesakit intubated: 8

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, hanya tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Katanya, ada 57 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,340 kes.

“Sehingga kini, 32 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 137 kes.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More