Kesan Buruk Berpanjangan Waktu Tidur Tak Menentu Sepanjang PKP1.0 – 3.0
Kesan Buruk Berpanjangan akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk menangai Waktu Tidur tak menentu yang dialami. Hari ini sudah masuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 dan maknanya sudah masuk hari ke 36 hari. Sudah pastinya semuanya masih berada dalam keadaan berjaga-jaga dirumah masing-masing.
Penulis pasti, ada di antara anda yang mengalami masalah tidur yang kurang berkualiti kerana penulis sendiri mengalaminya pada Fasa 2 PKP. Bila ke klinik, doktor mengatakan semuanya disebabkan oleh stress sepanjang PKP. Lalu penulis diberikan ubat tidur yang ‘ringan’ bagi membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
Isi Kandungan
Kesan Buruk Berpanjangan yang akan dialami Jika Waktu Tidur Tak Menentu
Jika anda ada simptom yang nyatakan di bawah, usahlah biarkan berterusan. Lakuan sesuatu mulai hari ini!
1. Badan masih penat walaupun baru bangun tidur
Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna kamu kurang tidur. Maka dengan itu korang harus ubah masa tidur dengan kadar segera, Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
2. Ada masalah untuk beri perhatian
Jika beada di dalam kuliah susah nak beri fokus kepada pensayarah. Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang!
3. Set alarm lebih daripada satu
Setiap pagi anda ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm di-set. Jika mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang anda ingini. Badan dan minda kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.
4. Tak boleh survive tanpa kafein
Oleh kerana mengantuk anda pasti mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang kamu ambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.
5. Badan tak mampu melakukan banyak aktiviti dalam sehari
Ini petunjuk jelas yang kamu kurang tidur. Jika badan sudah penat memang anda tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah seorang lelaki yang sihat minda dan fizikal memerlukan tidur yang cemerlang! Anda boleh merujuk artikel ini untuk rujukan dan bagi anda bersemangat untuk memjalankan aktiviti seharian anda.
Bagaimana ingin kekal aktif sepanjang hari dan cukupkan Waktu Tidur?
Menjadi aktif sepanjang hari boleh mengelakkan anda dari banyak masalah kesihatan seperti obesiti, glukosa tinggi di dalam darah, tekanan darah tinggi dan juga turut memberikan anda bentuk badan seperti yang anda inginkan. Bagaimana kita boleh meningkatkan keaktifan kita dengan langkah yang mudah?
Di bawah adalah beberapa petua berguna yang akan membantu anda membakar kalori tanpa perlu ke gimnasium yang mahal. Ingat, kesan buruk tidak mengira umur serta warna kulit.
Di tempat kerja
Terdapat banyak cara untuk anda membakar sebahagian lemak semasa menjalani kehidupan sedentari. Antaranya menggunakan tangga, bukannya lif, boleh menjadi satu senaman jantung yang baik.
Di rumah
Anda juga boleh menjadi aktif dengan melakukan sukan atau hobi kegemaran anda seperti berjalan bersama anjing anda, bermain dengan anak-anak. Di samping itu, kerja-kerja seperti vakum, membasuh pinggan dan membersihkan habuk juga boleh dilakukan. Anda boleh mangambilnya sebagai peluang untuk melakukan beberapa kerja di halaman rumah (memotong rumput, menyapu daun gugur) dan membersihkan rumah (membuka kotak dan membuang kotak lama). Akhir sekali, anda boleh melakukan senaman sambil menonton rancangan kegemaran anda atau melakukan senaman semasa iklan dan secara tidak langsuk kita boleh menghindari kesan buruk yang mungkin akan berlaku kepada kita.
Diluar atau kawasan sekitar
Menjadi aktif kadangkala boleh memakan masa dan tenaga. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan kenderaan jauh dari pusat membeli-belah agar boleh berjalan pada jarak yang lebih jauh.Ianya sedikit sebanyak akan menghindari dan menjauhkan diri dari kesan buruk kepada anda dan juga orang sekeliling.