Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kesan Kolesterol Tinggi Terkait Mati Mengejut?

Kesan kolesterol tinggi kepada tubuh badan kita bukan suatu yang pelik mahupun aneh. Ia boleh terkena pada sesiapa pun tidak kira peringkat umur, jantina atau tahap sosial. Namun, ada yang membuat kesimpulan bahawa kesan kolesterol tinggi ini terkait dengan mati mengejut? Mungkin ya kan sebab mati mengejut pula dikaitkan dengan penyakit jantung. Tapi sejauh mana kebenaran itu? Jom kita selidiki.

Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia.4 Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).

Isi Kandungan

Tanda kolesterol tinggi

Menurut laman MyHealthMyLife, kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul. Kolesterol biasanya dihasilkan di dalam hati, tetapi ia boleh dijumpai dalam pelbagai makanan yang berasaskan haiwan. Ia boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya anda mempunyai tahap kolesterol yang terlalu tinggi.

Seperti yang dinyatakan menerusi laman rasmi MyHealth.my, terdapat banyak tanda atau gejala yang boleh memungkinkan kita ada kolesterol tinggi.

Antara gejala yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

  • Angina iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu.
  • Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar.
  • Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.
  • Plak pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari dan penyumbatan aliran darah ke jantung iaitu serangan jantung
  • Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka dengan hiperkolesterolemia familial.

Jenis-jenis kolesterol

Kolesterol diangkut ke dalam badan oleh sejenis molekul yang dikenali sebagai lipoprotein. Kebanyakan kolesterol diangkut oleh lipoprotein berketumpatan rendah (low-density lipoprotein – LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (high-density lipoprotein – HDL).

kesan kolesterol tinggi
Sumber gambar: MyHealthMyLife

Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk membina sel dan menghasilkan hormon. Terdapat tiga jenis kolesterol dalam badan yang perlu kita tahu. 3 jenis itu adalah:

  1. Low Density Lipoprotein (LDL): Kolestrol jahat. Boleh menyebabkan saur darah tersumbat. LDL yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
  2. High Density Lipoprotein (HDL): Kolestrol baik. Boleh membantu menurunkan LDL di dalam salur darah. Wanita memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki. Paras HDL wanita serta risiko penyakit jantung menjadi sama setelah menopaus.
  3. Tryglicerides (TG): Lemak di dalam darah. Sumber tenaga yang tidak digunakan. TG yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kesan Kolesterol Tinggi

Kesan kolesterol tinggi ini boleh jadi risiko kepada kebanyakan orang. Antara kesan kolesterol tinggi ini adalah:

  • Penyakit jantung dan pembuluh darah: Kolestrol tinggi dapat menyebabkan penumpukan plak di arteri, yang menyempitkan saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung koroner, serangan jantung, dan strok.
  • Atherosclerosis: Akumulasi plak dalam arteri (aterosklerosis) dapat menghambat aliran darah dan menyebabkan berbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan sirkulasi darah yang buruk.
  • Penyakit pembuluh darah: Kolestrol tinggi juga dapat menyumbang pada penyakit arteri perifer, yang mempengaruhi aliran darah ke kaki dan lengan.
  • Risiko pembekuan darah: Kolestrol tinggi juga dapat mempengaruhi koagulasi darah dan meningkatkan risiko pembekuan darah sehingga menyebabkan masalah serius seperti trombosis.
  • Stroke: Penumpukan plak yang disebabkan oleh kolesterol tinggi juga dapat menyumbat pembuluh darah yang menuju ke otak, meningkatkan risiko strok.
  • Hipertensi: Kolesterol tinggi dapat menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah, yang dapat menyebabkan tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Melihat kesan kolesterol tinggi seperti di atas, pastinya kita mempunyai sedikit kegusaran jika ianya terkena pada diri kita.

Mati mengejut dikaitkan dengan kesan kolesterol tinggi?

Menjawab persoalan itu, ia mungkin terjadi disebabkan kolesterol tinggi terkait sangat rapat dengan penyakit jantung.

Aras tinggi kolesterol LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko arteroskelrosis, iaitu pemendapan plak-plak bahan berlemak di dalam dinding arteri. Arterosklerosis yang berlaku di dalam jantung akan menyebabkan serangan jantung, manakala, arterosklerosis yang berlaku di dalam otak boleh menyebabkan strok.

kesan kolesterol tinggi
Sumber gambar: Myhealthmylife

Penutup

Setelah kita lihat kesan dan gejala kolesterol tinggi, ianya bukan satu yang mustahil untuk kita mencegah dari kesan kolesterol tinggi ini. Antara yang boleh dilakukan adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat, senaman, pemakanan elakkan makan berminyak, kolestero dan lebihkan makan berserat serta susu (dapat elakkan diri dari tiroid juga). Selain itu elakkan juga merokok, kawal berat badan agar tidak berlebihan dan paling penting, perlu untuk pantau bacaan kolesterol.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More