Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kesihatan Mental kanak-kanak: Ini 7 fakta yang wajib ibu ayah tahu!

Kesihatan mental kanak-kanak ini sangat penting tau. Namun ramai yang abaikan perkara ini disebabkan kurangnya ilmu dan juga pendedahan tentang perkara ini. Hasil Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi 2019 mendedahkan seramai 424,000 orang kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental.

Realitinya, gangguan mental tidak mengenal usia. Sesiapa sahaja berkemungkinan untuk mengalami gangguan mental, bukan hanya membabitkan golongan dewasa.

kesihatan mental kanak-kanak

Pernah berlaku, seorang kanak-kanak perempuan berkenaan menulis nota ‘along nak mati’ menggunakan gincu bibir ibunya pada dinding kediaman mereka sebelum mengurung diri dalam bilik berkunci seharian sebelum diselamatkan. Begitulah kalau kesihatan mental kanak-kanak tidak dijaga rapi.

Isi Kandungan

Faktor kesihatan mental kanak-kanak terjejas

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kanak-kanak ini boleh terdorong sakit mental. Biasanya anak-anak disebabkan terdedah dengan beberapa perkara.

Faktor Genetik dan Biologi

  • Keturunan: Jika ada ahli keluarga yang menghidap penyakit mental, kanak-kanak mungkin lebih berisiko untuk mengalami masalah yang sama. Genetik memainkan peranan dalam kecenderungan seseorang terhadap gangguan mental seperti kemurungan, kecemasan, atau gangguan perhatian.
  • Ketidakseimbangan Kimia Otak: Kanak-kanak yang mempunyai ketidakseimbangan dalam neurotransmitter (seperti serotonin dan dopamin) di otak mungkin lebih cenderung mengalami masalah mental.

1. Perubahan emosi

Ibu ayah mungkin akan melihat anak anda berasa sedih, dan kesedihan itu berlarutan untuk dua minggu atau lebih. Atau perubahan emosi yang dialami menjejaskan pembelajaran dan perhubungan di sekolah atau di rumah. Mereka mungkin secara tiba-tiba berasa gembira, dan secara mendadak berasa sedih. Atau emosi itu bertahan itu tempoh yang lama.

2. Rasa ketegangan

Anda perlu memerhatikan anak anda. Jika mereka mengalami penyakit mental, mereka boleh berasa takut dengan persekitaran mereka tanpa sebab. Ketakutan itu boleh menjejaskan denyutan jantung atau pernafasan mereka. Jantung mereka mungkin berdegup lebih pantas dan mereka akan tidak cukup pernafasan. Sesetengah ketakutan boleh menjejaskan aktiviti kehidupan seharian mereka.

3. Perubahan tingkah laku

ingkah laku mereka mungkin berubah atau mereka tidak dapat mengawal tingkah laku mereka. Mereka mungkin berkeinginan untuk menggunakan senjata untuk mencederakan individu lain, atau mereka mahu membunuh semua individu. Mereka mungkin mencuri barang kanak-kanak lain. Perubahan dalam tingkah laku ini adalah petanda penyakit mental.

4. Tak fokus

Mereka mungkin mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan kepada peperiksaan, kerja rumah, atau tugasan di dalam kelas. Ini boleh mengakibatkan markah teruk di sekolah.

5. Mencederakan diri sendiri

Ada masanya, mereka mahu mencederakan diri mereka sendiri. Mereka mungkin melukakan atau membakar bahagian badan mereka. Mereka mungkin mempunyai pemikiran untuk membunuh diri dan mencuba untuk membunuh diri.

6. Simptom anak sakit mental

Portal rasmi Pusat Kesihatan Universiti UTHM berkongsi sekiranya kesihatan mental kanak-kanak terganggu, kanak-kanak akan mengalami perkara berikut:

kesihatan mental kanak-kanak
  1. mengalami mimpi ngeri dan menakutkan
  2. pelajaran merosot
  3. bimbang, susah hati, kecewa dan sedih
  4. ponteng sekolah
  5. tidak mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah
  6. menjadi agresif dan melawan orang tua
  7. masalah kencing malam

7. The power of bermain

Libatkan anak bermain untuk atasi masalah kesihatan mental kanak-kanak. Dalam permainan, tarian dan nyanyian merupakan cara yang bagus untuk mengurangkan tekanan anak-anak dan ibu bapa. Apabila anda sedang menikmati detik-detik menyeronokkan sambil bergelak-ketawa, tubuh anda merembeskan endorfin. Hormon semula jadi inilah yang bertanggungjawab untuk menggalakkan kesejahteraan.

Walaupun sejenak, setiap sesi permainan bersama dapat menjadi peringatan kuat kepada orang dewasa tentang kemampuan mereka untuk menyokong kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga perlu merebut peluang emas ini untuk berehat daripada tekanan kerja dan tanggungjawab lain.

kesihatan mental kanak-kanak

Kajian juga mendapati masa yang diluangkan untuk bermain dapat melindungi kanak-kanak daripada kesan negatif atau pendedahan tekanan yang berlarutan. Keadaan yang mempunyai banyak tekanan pada jangka masa yang panjang boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan kanak-kanak. Permainan dan perhubungan yang positif dan penuh sokongan bersama orang dewasa dapat menampan kesan-kesan berikut.

Jadi pastikan 7 point utama tentang kesihatan mental kanak-kanak ini dititikberatkan bagi memastikan kesihatan mental anak kita sihat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More