Ketahui Kelebihan Buah Markisa untuk Kesihatan Anda
Ketahui Kelebihan Buah Markisa untuk Kesihatan Anda! Buah markisa mempunyai aroma wangi dan rasa yang manis. Selain digunakan sebagai jus atau dimakan terus, ternyata terdapat banyak khasiat kesihatan dari buah markisa ini.
Isi Kandungan
Apakah kelebihan buah markisa?
Buah markisa mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan anda. Berikut adalah beberapa kelebihan buah markisa yang mungkin anda tidak ketahui :-
- Kaya dengan vitamin C
Pertamanya kelebihan buah markisa ini ialah ianya Kaya dengan vitamin C. Buah markisa boleh menjadi sumber vitamin C antioksidan yang terbaik untuk tubuh anda. Ia dapat membantu mengurangkan risiko selesema dan melindungi sel tubuh anda.
- Kaya sumber serat
Selain vitamin C sebagai kelebihan buah markisa, markisa juga kaya dengan serat yang membantu pencernaan, mencegah sembelit dan membuat anda merasa kenyang. Ia juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kardiovaskular.
- Mengandungi vitamin A
Jangan memandang rendah biji yang terdapat di dalam buah markisa. Biji buah markisa adalah sumber vitamin A yang dapat memenuhi 8% keperluan vitamin A untuk tubuh. Ia dapat mengekalkan kesihatan sel dan sistem imun anda.
Di samping itu, vitamin A juga sangat penting untuk mengekalkan sistem pembiakan yang sihat.
- Tinggi antioksidan
Antioksidan berperanan menangkis radikal bebas yang berbahaya dari tubuh manusia. Sumber antioksidan juga dapat membantu meningkatkan peredaran darah. Sebilangan Antioksidan yang terdapat dalam markisa adalah beta-karoten, polifenol, dan vitamin C.
- Membantu penyerapan zat besi
Kandungan vitamin C merupakan antioksidan yang berfungsi menangkal radikal bebas dan meningkatkan daya tahan dengan membantu penyerapan zat besi dalam tubuh.
- Mengurangkan kegelisahan
Buah markisa kaya dengan magnesium yang berperanan untuk mengurangkan kegelisahan dan tekanan. Magnesium berfungsi untuk membantu mengurangkan kegelisahan, namun penyelidikan yang lebih terperinci diperlukan berkenaan penemuan ini.
- Indeks glisemik rendah
Buah markisa mempunyai tahap indeks glisemik yang rendah, oleh itu ia tidak akan meningkatkan kadar gula darah secara drastik selepas pengambilannya. Buah markisa boleh menjadi buah alternatif bagi pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, pesakit diabetes perlu mendapatkan persetujuan doktor sebelum memakan buah markisa.
- Meningkatkan fungsi insulin
Kandungan piceatannol dalam markisa berpotensi membantu meningkatkan fungsi insulin dan mengurangkan risiko terkena diabetes.
Satu kajian mendapati, sebatian piceatannol dalam markisa dapat meningkatkan metabolisme dan kepekaan terhadap insulin yang berperanan dalam proses menukar gula menjadi tenaga untuk sel-sel tubuh.
- Menjaga kesihatan jantung
Kandungan serat pada markisa tidak hanya baik untuk pencernaan, tetapi juga berperanan dalam menghilangkan kolesterol pada saluran darah. Kandungan serat dan kalium pada markisa juga bagus untuk menjaga kesihatan jantung dan menstabilkan tekanan darah.
Markisa juga rendah sodium.
- Mengandungi anti-radang
Uniknya, kulit buah markisa mempunyai kandungan antioksidan tinggi yang dapat memberikan kesan anti-radang.
Makanan tambahan yang dibuat dari kulit buah markisa didapati dapat mengurangkan simptom asma dan melegakan sakit sendi dan kekejangan pada penghidap osteoartritis.
Namun penyelidikan yang lebih terperinci diperlukan berkenaan penemuan ini.
Adakah buah markisa selamat untuk dimakan?
Sebilangan mereka yang mengalami alergi terhadap susu getah mungkin tidak dapat mencuba buah markisa. Ini kerana struktur protein markisa mirip dengan struktur protein getah, sehingga dapat mencetuskan reaksi alergi.
Selain itu, buah markisa ungu juga boleh menjadi toksik jika diambil dalam jumlah yang besar, kerana buah markisa ungu mengandungi sebatian glikosida sianogenik yang dapat berinteraksi dengan enzim di dalam badan dan membentuk toksin sianida.