Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Khas Ramadhan | Muntah Setelah Makan Ubat Buang Angin

Apakah Hukum Muntah Setelah Makan Ubat Buang Angin?

Soalan:

Saya telah menelan ubat untuk membuang angin dalam badan. Akibatnya, saya turut muntah. Adakah puasa saya terbatal dan dikira sengaja menyebabkan muntah?

Jawapan:

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,

مَنْ ذَرَعَهُ قَيْءٌ، وَهُوَ صَائِمٌ، فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ، وَإِنْ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

“Barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja, maka tidak ada qadha’ baginya; dan barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka ia harus mengqadha (puasanya)”
(Riwayat Abu Daud, no. 2380)

Hukum Muntah Setelah Makan Ubat

Antara perkara yang membatalkan puasa adalah muntah dengan sengaja. (Lihat Matn Abi Syuja’, hlm. 19). Maksud muntah dengan sengaja adalah seperti menjolok-jolok lidah ke langit sehingga menyebabkan muntah. (Lihat Zain al-Talib, 2/80)

Imam Abu Daud ketika mensyarah hadith di atas menyatakan, “Termasuk dalam makna muntah dengan tidak sengaja adalah apa yang biasanya terjadi kepada manusia seperti termasuk lalat dalam kerongkongnya dan masuk air ke dalam perutnya seperti air banjir (tertelan air banjir) dan yang menyerupai perkara ini, sesungguhnya ianya tidak merosakkan puasanya.” (Lihat Ma’alim al-Sunan, 2/112)

Muntah yang tidak membatalkan puasa juga adalah jika dalam keadaan dipaksa oleh tubuh untuk muntah. Kecuali jika muntah itu kembali masuk ke dalam perutnya atas usahanya, sendiri, maka batal puasannya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 1/556)

Dalam situasi saudara, puasa saudara dikira sah dan tidak batal kerana ianya bukanlah atas usaha saudara sendiri tetapi ianya dipaksa oleh tubuh badan. Hukum muntah setelah makan ubat buang angin adalah sah dan tidak batal. Semoga kita dapat memelihara puasa kita dengan semampu yang mungkin dan berusaha untuk berpuasa dengan sempurna.

Semoga Allah memberikan kefahaman di dalam agama-Nya. Kita sentiasa berusaha agar Ramadhan pada kali ini dapat diisi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Wallahu’alam.

Akhir kalam, semoga perkongsian kami berkenaan dengan Khas Ramadhan | Muntah Setelah Makan Ubat Buang Angin dapat memberi manfaat dan kefahaman yang tepat buat anda semua.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Anda juga mungkin berminat dengan :

Khas Ramadhan | Kadar Fidyah Meninggalkan Puasa Dengan Sengaja

Khas Ramadhan | Adakah Zakat Fitrah Bagi Bayi Di Dalam Kandungan Perlu Dibayar

Khas Ramadhan | Hukum Tersalah Bersahur Atau Berbuka Puasa Bukan Pada Waktunya

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More