Sumber Rujukan Globalisasi Anda

4 KHASIAT BUAH KURMA

ADAKAH ANDA TAHU KHASIAT BUAH KURMA? Ramai orang beranggapan buah kurma hanyalah makanan untuk bulan puasa sahaja. Buah yang satu ini memang serasi dengan bulan puasa, malah umat Islam khususnya sering memilih kurma sebagai salah satu hidangan berbuka. Ini kerana selain mengikut sunnah, tentunya mereka tidak mahu terlepas mendapat manfaat buah kurma yang ternyata baik untuk tubuh anda?, sebenarnya banyak manfaat kurma jika ianya dijadikan makanan harian kita. Sebelum kami ceritakan kehebatan kurma ini terlebih dahulu kita kenal sedikit asal-usul buah kurma.

Kurma adalah buah yang biasanya berbentuk lonjong didapati dari pohon kurma. Ianya  Terdapat pelbagai bentuk, warna dan rupa mengikut jenis dan spesis pohon kurma. Antara kurma yang paling diminati adalah ajwah, medjoul, mabroom dan banyak lagi. Buah kurma biasanya didapati dalam bentuk buah kering dan ada juga bentuk buah segar. Rasa buah kurma yang telah dikeringkan adalah lebih manis berbanding buah segar.

KHASIAT BUAH KURMA

Kajian menunjukkan, kurma mengandungi nilai nutrisi yang sangat hebat. Dalam bentuk buah kering, kandungan kalori adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan buah segar. Kandungan kalori dalam kurma adalah serupa dengan buah-buahan kering yang lain, seperti kismis dan buah tin.

Selain itu, ia dapat menambah tenaga apabila diperlukan, kerana kandungannya seperti gula semulajadi, glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Komponen dalam kurma lebih sihat berbanding minum tenaga dan suplemen lain kerana kandungan serat, potasium, magnesium, vitamin dan oksidannya lebih bersifat semulajadi untuk membuatkan badan lebih bertenaga dan fit.

Kurma mengandungi pelbagai antioksidan yang mempunyai beberapa manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko beberapa penyakit. Antioksidan melindungi sel-sel anda dari radikal bebas, yang merupakan molekul yang tidak stabil yang boleh menyebabkan reaksi berbahaya dalam tubuh anda dan membawa kepada penyakit. Kurma mengandungi beberapa jenis antioksidan yang bermanfaat membantu mencegah perkembangan penyakit kronik tertentu, seperti penyakit jantung, kanser, Alzheimer dan diabetes.

Satu kajian haiwan mendapati bahawa tikus yang diberi makanan bercampur dengan kurma mempunyai ingatan yang lebih baik dan keupayaan pembelajaran, serta kurang kelakuan keresahan (anxiety-related), berbanding dengan yang tidak memakannya.

Potensi sifat pemangkin otak dari kurma telah dikaitkan dengan kandungan antioksidan yang dikatakan mengurangkan keradangan, termasuk flavonoid.

Berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, membuktikan bahawa individu yang mengamalkan pengambilan kurma sebanyak 7 biji sehari selama 21 hari menunjukkan frekuensi buang air besar yang lebih baik dan peningkatan pergerakan usus berbanding yang tidak mengamalkannya.

4 KHASIAT BUAH KURMA 1
KHASIAT BUAH KURMA

Ini hanyalah sebahagian daripada khasiat kurma, terdapat pelbagai lagi khasiat dan manfaatnya. Kurma harus dijadikan sebagai pelengkap pemakanan seharian anda bukan sahaja pada waktu bulan puasa sahaja.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More