Kluster Danan Berpunca Daripada Seorang Guru
Isi Kandungan
Guru dikesan punca Kluster Danan
Kluster Danan dan sejarah
Kluster Danan ini merupakan satu kluster yang berasal dari Kota Bharu. Seramai 17 orang individu dikesan positif Covid-19 dalam satu kluster baharu iaitu Kluster Danan melibatkan sebuah sekolah dan tadika di Pasir Puteh baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata,kes indeks dalam kluster itu merupakan seorang guru yang dikesan melalui saringan bergejala.
Katanya, kes itu melibatkan sebuah di sekolah dan sebuah tadika di Kampung Danan, Pasir Puteh.
“Seramai 17 kes telah dikesan dalam Kluster Danan pada hari ini.
“Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan perlu memastikan warga sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan persekitaran sekolah selamat daripada penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19?
Pengembara ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah beriku
- Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
- Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan
- Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan
- Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan
- Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan
Anda juga boleh melayari artikel berkenaan dengan langkah-langkah yang perlu diambil sebagai satu langkah pencegahan dari Covid-19 yang sedang melanda negara kita.
Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID
Mungkin ramai yang kurang sedar atau tidak peduli dengan kepentingan kebersihan tangan. Ianya satu senjata utama yang boleh memerangi virus ini daripada merebak dan berjankit antara satu sama lain.
Jika anda tidak mempunyai air dan sabun pada ketika itu, anda juga boleh menggunakan hand sanitizer sebagai alternatif. Ianya juga sangat berkesan,
Cara lain untuk memerangi Covid-19
Dunia sekarang sedang dilanda pandemik wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan dari hari ke hari. Ekoran itu, banyak negara termasuklah Malaysia telah mengambil pelbagai langkah keselamatan dan kesihatan untuk membendung virus Covid-19 baharu ini dari terus berleluasa.
Seperti mana yang kita tahu, virus baharu ini masih belum mempunyai sebarang vaksin atau penawar yang boleh menyembuhkan penyakit akibat jangkitannya. Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan dan titisan dari individu ke individu yang lain.
Disebabkan itu, cara yang paling ideal untuk memerangi wabak COVID-19 ini adalah mengelakkan kontak rapat dan mengamalkan jarak sosial ketika berada di luar rumah.
Apa yang perlu ada dirumah?
Sudah semestinya kita perlu ada perbagai kemudahan terutama sebagai pembantu kita ketika kita susah. anda boleh juga mendapakan barangan dirumah seperti ini. Ianya sangat-sangat membantu pada musim demam dan kuarantin.