Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Kosa Kata dan Ungkapan Menarik

Koleksi Kosa Kata dan Ungkapan Menarik

Koleksi Kosa Kata dan Ungkapan Menarik yang disediakan di bawah adalah koleksi kosa kata, ungkapan menarik beserta dengan contoh-contoh yang boleh dimuat turun.

Koleksi Kosa Kata dan Ungkapan Menarik

Isi Kandungan

Kosa Kata

 

Kosa kata adalah terdiri daripada kosa kata umum dan kosa kata khusus, atau juga disebut kosa kata istilah.

Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat harian berikut: “saya minum susu“.

Koleksi Kosa Kata dan Ungkapan Menarik
“Susu” adalah merupakan kosa kata umum

 

Kosa kata istilah pula adalah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti “hablur, medan magnet, metamorfosis dan lain-lain”. Namun begitu, kosa kata umum boleh menjadi kosa kata istilah. Sebagai contoh:

Tenaga -> Tenaga atom (atomic energy)

Koleksi Kosa Kata dan Ungkapan Menarik

 

Istilah juga boleh datang dalam bentuk kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan.

  1. Bentuk Akar Bebas
    Kata akar bebas ialah bentuk yang boleh berdiri sebagai istilah atau menjadi dasar kepada pembentukan istilah yang lebih luas.
    Misalnya: haba (heat), sisa (residue).
  2. Bentuk Berimbuhan
    Bentuk berimbuhan adalah bentuk istilah yang mengandungi imbuhan.
    Misalnya: bersistem, angkasawan, keberkesanan, pendakwaan.
  3. Bentuk Gabungan
    Bentuk gabungan ialah bentuk istilah yang terdiri daripada dua kata atau lebih.
    Misalnya: garis lintang, kadar inflasi, persegi panjang.
  4. Bentuk Gandaan
    Bentuk gandaan adalah istilah yang seluruh atau sebahagian daripada bentuk dasarnya diulang.
    Misalnya: pepasir, jejari, buli-buli, kacang-kacang.

 

Kosa kata juga secara amnya terbahagi kepada:

  • Kata Sama Erti – Sinonim atau perkataan sama maknanya
  • Kata Berlawanan -Antonim atau perkataan bertentangan maksudnya
  • Kata Hampir Sama Bunyi – Bunyi nya hampir serupa
  • Kata Banyak Makna – perkataan mempunyai lebih daripada satu maksud

Di bawah ini dikongsikan contoh beberapa kosa kata banyak makna.

Kata Maknanya
Akal 1. fikiran
2. ikhtiar
3. muslihat, tipu helah
Alamat 1. tanda
2. tempat tinggal
3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan
menunjukkan tempat tinggal seseorang.
Barang 1. benda
2. lebih kurang
3. apa-apa saja
Bermuka-muka 1. beberapa banyak muka surat.
2. berpura-pura atau tidak ikhlas
Bersimpang-siur 1. bergerak ke sana ke mari.
2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.
3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.
Besar 1. tidak kecil.
2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.
3. penting, berpengaruh, berkuasa
4. tugas penting, hajat atau niat.
Cerah 1. terang
2. jernih.
3. agak putih.
4. berseri, tidak muram.
5. baik, bahagia.
Cetek 1. tidak luas (pengetahuan)
2. tidak dalam (air)
Dalam 1. tidak cetek
2. luas pengalaman
Diam 1. tidak bercakap, senyap
2. tinggal
Diam-diam 1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa.
2. tidak berbuat apa-apa
Dingin 1. sejuk
2. tidak meriah
Faedah 1. guna, manfaat.
2. bunga, laba, untung
Halaman 1. muka surat.
2. pekarangan rumah
Halus 1. kecil-kecil.
2. beradab
Hampa 1. kecewa
2. tidak berisi
3. kosong
Hangat 1. berita yang masih baru
2. panas
Haus 1. dahaga
2. sangat ingin mendapatkan sesuatu
3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan
Jelas 1. terang, nyata
2. selesai, beres
Kemas 1. teratur
2. disiapkan dengan baik
3. kuat, teguh, erat.
Kemasukan 1. dimasuki oleh sesuatu
2. yang behubung dengan perihal masuk
Kepantasan 1. kelajuan
2. kecekapan
Lapangan 1. kawasan yang luas
2. jurusan, bidang
Lapang 1. luas
2. tidak sibuk
Masak 1. boleh dipetik dan dimakan
2. tidak mentah
3. berpengalaman
Menganjurkan 1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan
2. mengadakan
3. menghulurkan atau memajukan ke depan
Menggosok-gosok 1. menggilap
Menjelaskan 1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut
2. menyelesaikan hutang
Menjemput 1. mengambil
2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari
Melancarkan 1. memulakan sesuatu dengan cepat / meluncurkan
2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha
3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan
Melepaskan 1. membebaskan / menjadi tidak terikat
2. menghilangkan (letih / penat)
3. memberikan / menguntukkan
4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan)
Membuka 1. menjadikan tidak bertutup
2. menghidupkan sesuatu
3. memberikan peluang
Memotong 1. mengerat / memenggal
2. mengurangkan sesuatu
3. memintas
4. mencelah percekapan orang
5. menoreh getah
Menyaingi 1. mengiringi / menemani
2. menandingi / berlawan
Menahan 1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan,
menghentikan.
2. melawan / menangkis serangan
3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti
4. menguatkan diri supaya sanggup menderita
Menelan 1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong
2. banyak memerlukan
3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan
Menuntut 1. mendesak
2. mencari ilmu
Pengajaran 1. sesuatu yang diajar
2. pedoman
Rasa 1. rasa dengan lidah
2. pendapat, fikiran
3. keadaan hati terhadap sesuatu
Serong 1. tidak lurus, tidak tepat letaknya
2. tidak jujur, curang
Tahan 1. tidak mudah rosak
2. sanggup menderita
3. cukup, memadai
Tajam 1. dapat memotong dengan mudah
2. cerdik
3. keras atau pedas (perkataan, kritik)
Tawar 1. tidak terasa apa-apa
2. tidak mujarab, hilang kekuatan
3. tidak berkemahuan, tidak bernafas / bersemangat
4. meminta dikurangkan harga barangan.
Sumber: rohanimu

 

Ungkapan Menarik

 

Ungkapan Menarik yang sesuai dan jitu dalam sesebuah hasil penulisan amat membantu dalam memperjelas maksud idea yang mahu disampaikan, membantu mematangkan hujah serta mengindahkan pengolahan ayat. Hal ini amat membantu pelajar dalam  menghasilkan karangan yang menarik, berkembang dan matang.

Maklumat yang dikongsikan di sini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang. Semoga ibubapa, guru dan pelajar memperoleh  manfaat daripada bahan-bahan yang dikongsikan ini.

 

Klik pautan-pautan berikut untuk mula memuat turun fail*:

Penutup

Akhir kata, diharap perkongsian kali ini dapat membantu pelajar dalam menguasai kosa kata, dan ungkapan menarik yang boleh digunakan, serta faham bagaimana untuk membina ayat menggunakan keduanya.

Untuk mendapatkan lebih lagi tips atau info pembelajaran, klik pautan ini: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

KOLEKSI NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 5

HIMPUNAN NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 1 HINGGA 6

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More