Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah

Minit mesyuarat harus diurus dengan baik. Tujuannya adalah untuk memastikan segala keperluan mesyuarat disediakan selengkapnya dan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar, memastikan ahli-ahli yang dijemput hadir mendapat maklumat lengkap mengenai mesyuarat dan bersedia menyumbang idea.

Kurikulum adalah segala pembelajaran yang dirancang dan disusun oleh guru serta pihak sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Ia meliputi objektif pendidikan, segala pengalaman yang terancang  dan penilaian pencapaian murid-murid.

Dalam merekabentuk kurikulum, Falsafah Pendidikan, budaya serta masyarakat merupakan komponen yang penting. Kurikulum juga didefinasikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Disebabkan itu, minit mesyuarat kurikulum sekolah amat penting demi memastikan segala matlamat kurikulum pelajar tercapai. Mesyuarat bertujuan memastikan ahli-ahli yang hadir dapat berbincang secara produktif untuk membuat keputusan-keputusan penting dan memastikan segala keputusan dapat diedarkan kepada semua pihak terlibat, sama ada yang hadir atau tidak dengan segera untuk diambil tindakan.

Isi Kandungan

Dapatkan Koleksi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. SIla download secara PERCUMA.

Semoga bermanfaat buat semua.

 

Contoh Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat disediakan oleh setiausaha mesyuarat atau urus setia mesyuarat. Dokumen ini sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan masa hadapan terhadap sesuatu hal. Ia juga merupakan bukti yang kuat kepada sesuatu perkara itu ada dibincangkan.

Contohnya, sekolah anda didatangi Pegawai JPN bahagian MBMMBI, ia bertanyakan ada tidak program-program yang dijalankan di sekolah anda. Apakah bukti yang anda perlu tunjuk? Ya sudah pastilah Minit Mesyuarat menjadi bukti paling kuat.

Format minit lazimnya, disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur supaya ia mudah difahami walau pun bagi yang tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan. Format minit mesyuarat mesti mempunyai lapan komponen yang penting iaitu:

  1. Tajuk Minit

Bahagian ini adalah bahagian paling atas di tulis yang mencatat nama mesyuarat yang berkaitan. Bagi format penulisan yang betul huruf besar digunakan bagi setiap pangkal perkataan. Contohnya, Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu.

  1. Bil/Tahun

Bil ialah singkatan bagi bilangan. Ia mewakili bilangan kali ke berapa mesyuarat diadakan pada tahun itu. Contohnya, katakan mesyuarat yang akan diadakan kali ini adalah kali yang ketiga dalam tahun 2017 maka format penulisannya adalah 03/2017.

  1. Tarikh

Tarikh yang mesti ditulis adalah tarikh mesyuarat berkenaan diadakan. Terdapat beberapa jenis format penulisan bagi tarikh. Contohnya, 3 Jun 2017 atau 3.6.2017 atau 3/6/2017. Ini terpulang pada penulis minit.

  1. Masa

Mencatat tempoh masa mesyuarat tersebut diadakan. Contohnya, 10 pagi -12 tengahari.

  1. Tempat

Mencatat lokasi mesyuarat diadakan. Perkataan pangkal huruf bagi setiap lokasi biasanya di tulis dengan huruf besar. Contohnya, Dewan Bunga Raya, Tingkat 3C.

  1. Kehadiran

Mencatat hal-hal yang berkaitan dengan kehadiran. Terdapat pelbagai format yang digunakan untuk mencatat rekod kehadiran. Namun yang utama nama kehadiran mesti dimulai dengan nama pengerusi mesyuarat dan di susun mengikut kekananan jawatan. Catatan kehadiran juga harus mencatat maklumat berkaitan siapa yang hadir, yang turut hadir (senarai nama bukan AJK yang hadir sebagai pemerhati atau undangan khas) dan yang tidak hadir (sama ada dengan alasan atau tidak).

  1. Catatan Mesyuarat

7.1        Perutusan Pengerusi

Ruangan ini mencatat hal-hal yang dibangkitkan oleh pengerusi mesyuarat. Semua catatan harus disertakan dengan catatan “untuk makluman” atau “untuk tindakan “ pihak yang terlibat dengan isu berkenan.

7.2       Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

Ruangan ini mencatat keputusan mesyuarat yang lepas sama ada ia disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan tertentu.

7.3       Perkara-Perkara Berbangkit

Di dalam ruangan ini semua perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas di tulis selengkapnya bermula dengan tajuk dan diikuti hal-hal lain seperti muka surat dan perenggan minit lepas yang membincangkan perkara yang sama. Tujuan catatan ini adalah untuk memudahkan rujukan dibuat. Jika perlu ada tindakan susulan maka perlu dicatatkan pihak yang bertanggungjawab. Rujuk Contoh Minit mesyuarat nanti.

7.4       Perbincangan Kertas Kerja / Laporan Bulanan

Sekiranya ada kertas kerja utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat maka ruangan ini hendaklah merekodkan perkara seperti tajuk kertas kerja, pihak yang menyediakan kertas kerja berkenaan, tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan, isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan, pandangan atau komen ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan dan ditutup dengan mencatat keputusan mesyuarat mengenai isu-isu berkenaan dan tindakan susulan yang perlu diambil jika ada.

7.5       Hal-Hal Lain

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang berkaitan tetapi tidak termasuk dalam agenda mesyuarat.

7.6.     Penutup

Tiga perkara penting yang perlu direkodkan dalam ruangan ini iaitu ucapan penghargaan dan terima kasih pengerusi mesyuarat, tarikh mesyuarat berikutnya dan catatan mengenai masa mesyuarat tamat atau ditangguhkan.

  1. Urusetia

Ruangan ini mencatat nama pihak yang bertanggungjawab sebagai Urus Setia Mesyuarat.

  1. Tarikh

Ruangan ini mencatat tarikh minit ditulis.

Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Penutup

Di harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat minit mesyuarat dengan baik, mungkin terdapt perbezaan format yang digunakan di setiap negeri, sebagai contoh Johor menggunakan format yang telah ditetapkan di dalam SPSK.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Koleksi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah ini membantu anda..

Anda juga mungkin berminat dengan :

Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 Sekolah Rendah

Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 Sekolah Menengah

HIMPUNAN NOTA RINGKAS SEMUA TINGKATAN 1 HINGGA 5 SEMUA SUBJEK

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More