Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4

KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4 ini adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.

Portal ini dibangunkan untuk membantu pelajar terutamanya, serta para guru dan juga ibubapa dalam nota yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik dan berkesan. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan sebaga platform rujukan lengkap untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM terutamanya.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun nota ringkas dan padat ini pada pautan muat turun pdf yang telah disediakan di bawah. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan.

Isi Kandungan

Dapatkan “KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4 ” anda di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’.

 TAJUK

 LINK DOWNLOAD

1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

2: PENINGKATAN TAMADUN

3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA

4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM

5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

 

Semoga bermanfaat buat semua. DIpersilakan SHARE kepada semua.

Tip skor A subjek Sejarah – Calon SPM boleh guna cara ini. Selamat Mencuba!

Kami nak share teknik dan cara belajar SEJARAH supaya pelajar dapat skor A dalam subjek tersebut. Untuk dapat result macam ni perlukan kepada teknik dan cara belajar subjek SEJARAH dengan betul.

  • Fokus dalam kelas

Fokus adalah perkara utama yang wajib dilakukan semasa belajar SEJARAH dalam kelas. Bila kita fokus, kita tahu di mana yang kita tak faham dan di mana yang kita faham. Kalau tak faham, tanda siap-siap dan bersedia untuk pergi berjumpa guru.

KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4 1
Perlu sentiasa fokus semasa belajar.
  • Buat “MIND MAP” yang ringkas tapi padat

Subjek SEJARAH memang tak boleh lari dari mind map. Agak banyak topik yang perlu kita ingat maka sebab itulah kita seharusnya mempuanya nota ringkas/mind mapping utuk setiap subjek untuk memudahlan proses hafal isi penting dalam subjek ini.

  • Tip akhir: Tanamkan dalam diri dan minda pelajar bahawa belajar SEJARAH amat mudah

Apabila kita cuba tanam dalam diri dengan “Mind Set” macam ni, kita akan cenderung untuk lebih bersemangat dalam belajar. Sentiasa berusaha belajar secara konsisten dan juga bersemangat dalam menuntut ilmu.

Jom kita lihat sedikit perkongsian dah tips dari salah seorang dari Cikgu Cemerlang Sejarah.

KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4 2
Sumber: Facebook Abdul Ghani

GURU Cemerlang Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak, Abdul Ghani Abu Bakar berkongsi sedikit tip dan teknik menguasai subjek Sejarah 2021.

Menurutnya, Sejarah merupakan subjek wajib lulus SPM pada tahun 2013. Maknanya kalau sejarah tak lulus, maka gagallah SPM.

“Tetapi, ramai pelajar yang tidak menggemari subjek sejarah. Betul tak? Cikgu pun dulu masa SRP paling tak suka Sejarah tapi bila naik sahaja Tingkatan Empat dan ambik STPM, subjek sejarah ialah antara subjek yang cikgu paling minat,” katanya menerusi posting di laman facebook Abdul Ghani, baru-baru ini.

 

Beliau berkata, Sejarah SPM mempunyai Kertas 2 iaitu yang mengandungi soalan struktur dan juga soalan esei. Kelebihan soalan struktur dan esei ni ialah kita boleh menulis ikut pengetahuan sejarah kita…untung bagi yang minat membaca.

Perlu kita ingat, Kertas 2 jangan hantar kertas 0, bagi calon lemah kuasai beberapa topik khususnya tema 12 (satu soalan wajib) + tema 9 (sekurang-kurangnya satu soalan di situ).

Jika Kertas 1 yang menggunakan soalan objektif, ia agak susah kerana jika kita salah pilih, maka salahlah soalan itu. Kertas 2 selagi jawapan itu betul dapatlah markah khususnya soalan Ceraian C (munasabah).

Kertas 3 adalah kertas yang akan banyak membantu untuk pelajar kuasai Sejarah. Kertas 2 saja yang memerlukan pemahaman lebih dalam subjek Sejarah (kurang membaca jangan harap nak dapat result yang baik). Kertas 1 pun sama, soalan objektif (kertas yang paling disukai oleh pelajar kelas belakang) sebab apa? Dalam lima minit dah siap.

Jadi macam mana nak kuasai Sejarah bagi SPM?

Ini antaranya :

1) Baca dan cari buku nota sejarah yang ada peta minda / ithink / gambar. Yang berwarna lagi bagus. Tengok soalan tengok jawapan (rujuk cikgu Sejarah,masa masih ada).

2) Bentuk soalan dan pengulangan soalan Kertas 1 kerap berlaku. Banyak cara untuk menjawab Kertas 1. Ada yang menjawab secara istiqamah satu-satu soalan, jawab dengan merujuk buku teks, gunakan higlighter pen untuk tanda jawapan, tulis short note di tepi soalan…terpulang pada kreativiti pelajar.

Pada cikgu, teknik yang terbaik gunakan pen warna dan tulis maklumat di tepi soalan…ini yang diajar oleh guru Sejarah cikgu dan cikgu menggunakan teknik ini ketika mengulang kaji Sejarah (mungkin sesuai pada pelajar cemerlang).

3) Cari dan tonton video-video yang berkaitan dengan Sejarah terutamanya Sejarah Malaysia. Video-video tersebut pelajar boleh cari di alam maya ini. Melalui video, ni sebenarnya lebih faham daripada hanya baca dalam buku. (pelajar kelas belakang yang baru nak mula cukup sesuai gunakan teknik video sebab boleh cari dengan telefon).

KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4 3
KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4

4) Fahami kaedah dan bentuk jawapan Kertas 2 dan 3 sekarang. Sudah kurang soalan yang direct sekarang. Soalan hari ini walaupun fakta memerlukan pelajar baca, garis dan faham dulu baru jawab. (biasakan buat rangka jawapan dalam menjawab soalan ini. Rubrik penskoran (Fakta + huraian dan contoh serta infrence) perlu dilatih berulang kali dan bukan hanya menjelang peperiksaan.

5) Pengetahuan sedia dengan banyakkan membaca dan memahami isu semasa dan sejarah sangat penting untuk menjawab soalan KBAT (lihat soalan 10 & 11 serta Ceraian C). KBAT ni perlu dilatih supaya pelajar dapat faham cara menjawab dan tak menghantar kertas 0 saja semasa peperiksaan SPM nanti.

Sebenarnya subjek Sejarah ini kita kena faham. Kalau kita tak faham, habislah kita. Soalan SPM sekarang banyak soalan KBAT + fakta dalam Kertas 2. Jadi kita hendaklah faham dalam sesuatu topik.

Sumber: Facebook Abdul Ghani

Nota : Abdul Ghani Abu Bakar merupakan Guru Cemerlang Sejarah SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak.

KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu KOLEKSI NOTA RINGKAS DAN PADAT SEJARAH TINGKATAN 4 memberikan manfaat kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Anda mungkin sedang mencari soalan latihan?

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi soalan peperiksaan PT3 dan SPM, anda boleh klik link dibawah untuk download disini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More