Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Peribahasa

Koleksi Peribahasa

Koleksi Peribahasa ini adalah himpunan peribahasa Melayu beserta maksud, serta nota-nota penting peribahasa untuk persediaan pelajar sebelum peperiksaan Bahasa Melayu.

Isi Kandungan

Peribahasa Melayu

 

Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat. Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat terdahulu.

Peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran secara kiasan yang digunakan oleh nenek moyang masyarakat Melayu. Peribahasa diwarisi generasi demi generasi sejak berzaman lamanya.

Di bawah kami berikan dua contoh penggunaan peribahasa dalam ayat, beserta maksud mereka.

 

Contoh ayat pertama:

Perangai dua beradik itu bagai anjing dengan kucing, pantang berjumpa sahaja pasti mereka bertengkar.

Maksud:

Bagai anjing dengan kucing – selalu bertengkar

Koleksi Peribahasa

 

Contoh ayat kedua:

Kehidupan Pak Ali sekeluarga yang bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.

Maksud:

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang – Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja.

Koleksi Peribahasa

 

Berikut kami kongsikan beberapa koleksi peribahasa beserta maknanya untuk bacaan dan pemahaman semua.

Peribahasa Maksud
Ada air, adalah ikan Ada negeri, tentulah ada rakyatnya
Ada aku dipandang hidup, tiada aku dipandang belakang Kasih sayang hanya waktu berhadapan sahaja, setelah berjauhan lalu dilupakan
Ada angin, ada pokoknya Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya
Ada batang, cendawan tumbuh Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita
Ada beras, taruh dalam padi Rahsia hendaklah disimpan baik-baik
Ada bukit, ada paya Ada baik, ada jahat; Ada miskin, ada kaya
Ada gula, ada semut Di tempat orang mudah mendapat rezeki; Banyaklah orang berkumpul
Ada hari, ada nasi Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga
Ada jarum hendaklah ada benangnya Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya
Ada kerak, ada nasi Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya
Ada padi, segala menjadi Orang yang mampu (kaya/berilmu) segala maksudnya mudah tercapai
Ada pasang surutnya Untung dan malang tidak tetap
Ada persembahan ada kurnia Berbuat baik dibalas baik
Ada rotan, ada duri Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya
Ada rupa, ada harga Harga barang menurut rupanya/keadaannya
Ada sampan hendak berenang Sengaja bersusah-payah
Ada seperti tampaknya apung-apung Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai
Ada sirih hendak makan sepah Ada yang baik, hendakkan yang buruk
Ada tangga, hendak memanjat tiang Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan
Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; Tiap-tiap aksi ada reaksinya
Ada udang di balik batu Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya
Ada ulam hendaklah ada sambalnya Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya
Adakah buaya menolak bangkai? Seseorang yang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan
Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak
Adat bernegeri memagar negeri; Adat berkampung memagar kampung Tidak mementingkan diri sendiri
Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa Nasib manusia tidak dapat ditentukan

 

 

Koleksi Peribahasa Melayu

 

Dapatkan ” Koleksi Peribahasa ” di sini

Koleksi peribahasa yang dikongsikan ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan bahasa Melayu terutamanya. Di sini admin nak kongsikan bahan-bahan koleksi tersebut. Sila download menggunakan beberapa link yang telah disediakan.

Format dokumen-dokumen ini adalah dalam bentuk ‘PDF’ dan ‘docx’.

Dipersilakan DOWNLOAD secara PERCUMA.

Untuk lebih lagi contoh serta maksud peribahasa, soalan-soalan, serta contoh ayat peribahasa, anda boleh download dokumen-dokumen Koleksi Peribahasa menggunakan pautan di atas. Semoga bermanfaat.

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian Koleksi Peribahasa ini memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Dengan berbekalkan ilmu daripada perkongsian kali ini, diharap pelajar-pelajar dapat berjaya cemerlang dalam peperiksaan mereka kelak.

Nak dapatkan tips untuk belajar cemerlang? Baca tentang 7 Tips Belajar Cemerlang di pautan ini: 7 Tips Belajar Cemerlang

Untuk dapatkan lebih lagi nota-nota atau tips belajar, klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Buku Teks Digital Subjek Bahasa Melayu Tingkatan 5

Buku Teks Digital Subjek  Bahasa Melayu Tingkatan 4

Buku Teks Digital Subjek  Bahasa Melayu Tingkatan 3

Buku Teks Digital Subjek Bahasa Melayu Tingkatan 2

Buku Teks Digital Subjek  Bahasa Melayu Tingkatan 1

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More