Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Simpulan Bahasa

Koleksi Simpulan Bahasa

Koleksi Simpulan Bahasa ini adalah himpunan beberapa simpulan bahasa beserta maknanya, dan juga contoh ayat untuk lebih menjelaskan maksud simpulan bahasa terbabit.

Isi Kandungan

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Ungkapan yang biasanya yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. Simpulan bahasa biasanya membawa maksud yang tepat dan padat

Simpulan Bahasa juga mempunyai makna berlapis, iaitu makna yang tersirat serta berlainan daripada makna asalnya.

 

Contoh ayat pertama:

Walaupun berpendapatan kecil, Alia ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

Maksud:

Ada hati – mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan.

Koleksi Simpulan Bahasa
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

 

Contoh ayat kedua:

Ahmad membawa buah tangan untuk nenek ketika dia pulang ke kampung pada Ahad lepas.

Maksud:

Buah tangan – Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

Koleksi Simpulan Bahasa

 

Di sini kami kongsikan beberapa simpulan bahasa beserta maknanya untuk bacaan dan pemahaman semua.

Simpulan Bahasa Maksud
Ada angin Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
Ada hati Mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
Air muka Rupa atau wajah seseorang
Ajak-ajak ayam Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
Ada bakat Mempunyai tokoh atau perwatakan
Alas perut Makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
Anak angkat Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
Anak bapa Anak yang disayangi oleh bapa
Anak buah Orang yang dibawah jagaan seorang ketua; Anak saudara
Anak emas Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
Angkat kaki Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
Atas angin Negara-negara di sebelah Barat
Atas pagar Tidak menyebelahi mana-mana pihak
Ayam tambatan Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
Bahasa pasar Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
Banyak mulut Orang yang banyak bercakap
Batu api Orang yang suka menghasat
Batu loncatan Sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
Bau-bau bacang Tali persaudaraan yang jauh
Bawah angin Negara-negara di sebelah Timur
Bekas tangan Hasil kerja tangan seseorang
Beralih akal Berubah fikiran atau pendapat
Beralih angin Pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
Berat hati Enggan; malas
Berat mulut Pendiam atau tidak suka bercakap banyak
Berat tulang Orang yang malas bekerja
Berat sebelah Tidak berlaku adil
Berbelah bagi Sukar untuk membuat keputusan
Berhati batu Degil dan sukar menerima nasihat
Berhutang budi Patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
Bermuka dua Tidak jujur
Bertikam lidah Bertengkar; Berdebat
Besar hati Bergembira atau berbangga akan sesuatu
Besar kepala Degil; Sukar menerima pandangan orang lain
Buah hati Orang yang dikasihi atau dipuja
Buah mulut Sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
Buah tangan Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
Bulat hati Bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; Sudah nekad
Buruk siku Mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
Buta hati Tidak dapat menerima pengajaran; Zalim; Kejam

 

 

Nota Simpulan Bahasa

 

Dapatkan ” Koleksi Simpulan Bahasa ” di sini

Koleksi simpulan bahasa yang dikongsikan ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan bahasa Melayu terutamanya. Di sini admin nak kongsikan bahan-bahan koleksi tersebut. Sila download menggunakan beberapa link yang telah disediakan.

Format dokumen-dokumen ini adalah dalam bentuk ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA.

Untuk lebih lagi contoh serta maksud simpulan bahasa, soalan-soalan, serta contoh ayat simpulan bahasa, anda boleh download dokumen-dokumen Koleksi Simpulan Bahasa menggunakan pautan di atas. Semoga bermanfaat.

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian Koleksi Simpulan Bahasa ini memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Dengan berbekalkan ilmu daripada perkongsian kali ini, diharap pelajar-pelajar dapat berjaya cemerlang dalam peperiksaan mereka kelak.

Nak dapatkan tips untuk belajar cemerlang? Baca tentang 7 Tips Belajar Cemerlang di pautan ini: 7 Tips Belajar Cemerlang

Untuk dapatkan lebih lagi nota-nota atau tips belajar, klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

KOLEKSI NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 6

KOLEKSI NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 5

KOLEKSI NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 4

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More