Koleksi Soalan Percubaan SPM Fizik 2019
Koleksi Soalan Percubaan SPM Fizik 2019 adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.
Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.
Isi Kandungan
Dapatkan “Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM Fizik 2019” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Selain Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM Fizik 2019.Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!
KOLEKSI SOALAN LATIHAN FIZIK SPM PELAJAR CEMERLANG + SKEMA JAWAPAN
Tip skor Fizik SPM
1) Fahamkan konsep
Ramai pelajar yang rasa Fizik subjek yang susah kerana mereka tidak suka dengan soalan melibatkan pengiraan dalam Fizik. Yela, kadang-kadang tu mereka tak tau nak ambil formula yang mana. Selain tu, ada juga formula yang tidak diberi dan pelajar perlu ingat.
Betul ke soalan Fizik SPM banyak sangat soalan mengira?
TIDAK sebenarnya.
Contohnya dalam Kertas 1, soalan yang melibatkan pengiraan TAK PERNAH lebih daripada 10 soalan.
Jika Kertas 2, beberapa soalan dari lapan soalan di bahagian A, dan soalan di bahagian C sahaja yang melibatkan pengiraan.
Jadi soalan melibatkan pemahaman konsep lebih banyak berbanding pengiraan.
2) Jangan risau dengan formula yang perlu dihafal atau ingat
Kebanyakan formula sudah diberi di dalam senarai formula yang diberikan di muka hadapan soalan Kertas 1 dan Kertas 2.
Cuma beberapa sahaja formula yang perlu DIKETAHUI bagaimana ia wujud atau perlu DIHAFAL dan DIFAHAMI cara penggunaannya.
Contohnya formula bagi F=ma untuk soalan yang melibatkan daya. Pelajar perlu faham tentang daya seimbang dan tidak seimbang kerana formula ini hanya untuk daya tidak seimbang.
Jadi BERAPA BANYAK FORMULA yang perlu diingat dan SELALU keluar?
Kenalah join POT kalau nak tau
3) Study semua bab
Topik dalam subjek Fizik PALING sikit berbanding topik-topik bagi subjek Sains yang lain seperti Kimia dan Biologi.
Hanya ada lima topik Form 4.
Hanya ada lima topik Form 5.
Hanya 10 bab sahaja yang pelajar belajar dalam Fizik SPM.
Yang bestnya, semua BAB ni akan keluar. Selalunya di dalam Kertas 1 Fizik SPM, soalan juga disusun mengikut bab.
4) Mantapkan ilmu matematik
Hasil dari dapatan kami, masalah pelajar dalam subjek Fizik adalah berpunca dari “kurang cekap” dalam ilmu asas matematik.
Pelajar perlu mahir beberapa topik Matematik terutamanya Algebra, Persamaan Linear, Nisbah Kadaran (ratio) dan juga Persamaan Serentak.
Jika topik-topik ini pelajar kuasai, insya-Allah tak susah pun nak skor dalam Fizik.
Sumber: Facebook Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad)
Pantang larang yang dikongsi Cikgu Mohd Afiffi (Guru Cemerlang Fizik)
1) Jangan
- Jangan membaca soalan terlalu cermat sehingga menjadi terlalu lama semasa menjawab. Praktis sehingga boleh menjawab soalan dengan cepat dan cermat dalam jangka masa yang sesuai.
- Jangan menulis “lebih kurang” atau “lebih sedikit” semasa membina ayat perbandingan.
- Jangan ulang semula ciri-ciri bagi cadangan yang telah dinyatakan di dalam soalan. Sila kenal pasti perkataan tersebut terlebih dahulu sebelum menjawab.
- Jangan menulis dua jawapan yang kontra.
- Jangan menulis dua jalan pengiraan yang berbeza bagi satu soalan.
- Jangan menulis cadangan ciri-ciri yang terlalu umum seperti pelari perlu memakai “kasut yang sesuai”. Sepatutnya kasut yang berpaku.
- Jangan gunakan perkataan “terlalu”. Contoh, berikan saiz kipas yang sesuai, dijawab “tidak terlalu kecil”
2) Digalakkan
- Digalakkan untuk menjawab dalam bentuk point bagi soalan esei
- Digalakkan dalam bentuk jadual bagi soalan modifikasi dan cadangan
- Digalakkan memberi lebih dari satu alasan bagi setiap cadangan
- Digalakkan menulis formula terlebih dahulu sebelum membuat pengiraan
- Digalakkan untuk menulis soalan seterusnya pada muka surat yang baru (esei).
- Digalakkan melukis sekiranya sukar untuk menerangkan menggunakan ayat.
- Digalakkan menjawab lebih dari satu soalan pilihan sekiranya masa mencukupi
3) Mesti
- Memberikan sekurang-kurangnya 5 cadangan bagi soalan esei 10 markah walaupun soalan hanya berikan kurang dari 5 aspek.
- Pastikan bilangan isi jawapan adalah sama atau melebihi dari jumlah markah.
- Bawa pembaris Panjang untuk melukis graf kertas 3
- Menghafal beberapa definisi dan konsep yang penting dan biasa dalam fizik
- Cekap penggunaan kalkulator terutamanya bahagian imbuhan (prefix)
- Mesti cekap pertukaran unit seperti cm kepada meter, cm2 kepada m2 dan seumpamanya.
Koleksi Soalan Percubaan SPM Fizik 2019
Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM Fizik 2019.