Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan KPMG Young Star Scholarship Program Tahun 2024

Berikut adalah info mengenai permohonan KPMG Young Star Scholarship Program bagi tahun 2024 yang kini sedang dibuka untuk pelajar-pelajar yang berkelayakan.

Isi Kandungan

KPMG Young Star Scholarship Program 2024

KPMG ialah rangkaian global firma perkhidmatan profesional yang menyediakan Perkhidmatan Audit, Cukai dan Nasihat.

Dengan pelbagai individu yang berbakat dan bercita-cita tinggi memacu organisasi, KPMG ialah tempat di mana idea baharu yang berani dialu-alukan, dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi diberi ganjaran.

KPMG berusaha untuk menjadi “Pilihan Yang Jelas” bukan sahaja untuk pelanggannya merentasi setiap sektor perniagaan dan industri tetapi juga untuk kakitangan mereka dan komuniti yang mereka berkhidmat.

KPMG teruja untuk memperkenalkan “KPMG Young Star Scholarship Program” yang telah ditubuhkan pada tahun 2022, yang menawarkan peluang unik kepada mahasiswa Malaysia untuk mendapat pendedahan kepada Big 4.

Biasiswa ini menyediakan sokongan kewangan, akses eksklusif kepada inisiatif penglibatan dalaman KPMG dan peluang pembangunan profesional yang tidak ternilai.

Program ini direka untuk memupuk pertumbuhan, pembangunan dan penemuan diri, sejajar dengan komitmen KPMG untuk memupuk bakat dan memperkasakan perubahan.

Program penajaan ini juga bertujuan untuk membantu pelajar berpencapaian tinggi daripada latar belakang kurang berkemampuan yang telah mempamerkan pencapaian akademik dan kokurikulum yang luar biasa di institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia.

Permohonan KPMG Young Star Scholarship Program Tahun 2024 1
Permohonan KPMG Young Star Scholarship Program Tahun 2024 2

Tanggungjawap KPMG

Antara tanggungjawap-tanggungjawap KPMG untuk mereka yang berjaya memperoleh biasiswa ini adalah seperti berikut:

Sokongan kewangan antara RM8,000 untuk Institusi Awam dan sehingga RM12,000 untuk Institusi Swasta.
Penyertaan eksklusif dalam program penglibatan dalaman KPMG Malaysia.
Selepas berjaya menamatkan Program Sarjana Muda, para Sarjana akan berpeluang untuk bekerja di KPMG di Malaysia, dengan komitmen untuk berkhidmat dengan firma selama 1 tahun.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum KPMG Young Star Scholarship Program bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Sarjana Muda pada tahun Kedua.
  • Baki tahun akademik mestilah sekurang-kurangnya satu tahun akademik penuh.
  • Tidak memegang biasiswa lain pada masa ini.
  • Tiada kes tatatertib atau digantung pengajian.
  • Pencapaian akademik kukuh yang konsisten seperti berikut:
  1. PNGK 3.5 dalam STPM, Matrikulasi, A-Levels, Asasi, Diploma.
  2. Keputusan akademik terkini sekurang-kurangnya atau sama dengan PNGK 3.5.
  • Kualiti kepimpinan yang terbukti dan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Kemahiran interpersonal yang luar biasa.

Cara Permohonan

Permohonan KPMG Young Star Scholarship Program bagi tahun 2024 kini dibuka sehingga 18 Julai 2024 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut:

>>>Permohonan KPMG Young Star Scholarship Program 2024<<<

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk penilaian selanjutnya.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan KPMG Young Star Scholarship Program ini, sila rujuk Portal Rasmi KPMG Education Trust Fund – KPMG Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More