KWSP – Kelulusan Bermula Pada 8 Mac Ini
Isi Kandungan
Pengenalan
i-Sinar telah mengeluarkan berita bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengatakan kelulusan akan mula diberikan mulai 8 Mac 2021 ini.
Tahniah kepada anda yang mempunyai status permohonan Sedang Diproses atau Dokumen Sokongan Diperlukan, tetapi yang belum membuat permohonan sila tunggu selepas 8 Mac 2021 bagi mempercepatkan proses.
Status Permohonan
- Status sedang diproses
- Sebelum ini pihak KWSP telah mendapati pihak tertentu mempunyai tiada potongan 30%. Akan tetapi permohonan akan tetap luluskan semua tanpa syarat dan semak pada 8 Mac untuk tarikh pembayaran nanti.
- Contoh situasi: A telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021 dan telah menerima bayaran interim RM1,000 tetapi status permohonan masih lagi sedang diproses
- Dokumen sokongan diperlukan
- Pihak KWSP tidak menilai lagi dokumen pihak tertentu samada dokumen itu telahpun dihantar atau tidak. Kedua – dua situasi ini akan diluluskan permohonannya.
- Contoh situasi: B telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021 tetapi tidak menerima bayaran interim RM1,000 jadi dokumen sokongan diperlukan
- Tiada bayaran interim bagi yang belum menerima bayaran tersebut. B akan terus menerima pembayaran pertama
- Pembayaran yang kurang atau terlebih
- Pihak KWSP belum keluarkan sebarang arahan untuk penukaran jumlah bayaran (tersilap atau penambahan), apa – apa maklumat akan dimaklum melalui laman sesawang atau Facebook.
Ahli belum membuat permohonan PERLU dibuat bermula 8 Mac 2021. Permohonan akan diberi kelulusan.
Bagi yang mempunyai baki Akuan 1 yang kurang daripada RM150 atau ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas adalah TIDAK LAYAK untuk memohon Kemudahan i-Sinar.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut yang berkaitan, anda boleh layari Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau layari laman web rasmi dibawah:
Anda boleh hubungi pada nombor dibawah:
03 – 8922 6000
Atau fax pada:
03 – 8922 6222
Waktu yang anda boleh hubungi pihak KWSP adalah dari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. (Hari Sabtu, Hari Ahad, Cuti Awam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah terkecuali.)