KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan Mengikut Keperluan
KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan mengikut keperluan jika diperlukan kerana kos sara hidup hari demi hari sekarang semakin meningkat.
“Kami merayu dan berharap Perdana Menteri serta kerajaan baharu ini, membenarkan pengeluaran KWSP. Bantulah rakyat dan kasihani mereka. Kami menerima banyak aduan yang berdepan kesempitan hidup,” kata Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir.
Sehingga mengundang keruntuhan institusi keluarga, ada juga yang rumah terpaksa dilelong, dikejar bank dan Ah Long.
Sehingga hari ini sebenarnya, masih ramai lagi rakyat yang dibuang kerja dan ada juga sampai hari ini tak dapat pekerjaan tetap. Ada yang terpaksa kerja cuci pinggan, walhal sebelum ini mempunyai pekerjaan yang bagus.
KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan Ikut Keperluan
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 kerana KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan dan terhadkan Pengeluaran ini hanya bersasar kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan.
Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir, berkata angka itu diperoleh berdasarkan kajian senarai pencarum yang dijalankan pihaknya.
Katanya, sebelum ini, kerajaan membenarkan pengeluaran caruman kepada tujuh juta pencarum. Namun tiada mana-mana agensi yang membuat kajian, yang dapat membuktikan semua itu adalah pencarum yang betul-betul susah. Jadi, KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan mereka jika mendapati pencarum betul-betul susah dan memerlukan untuk membuat pengeluaran wang simpanan mereka untuk menyara kehidupan harian.
“Tuntutan kami kali ini bersasar sebab kita tak mahu lihat perbelanjaan tidak terkawal. Di samping mengelakkan pencarum tak terkesan, ambil kesempatan mengeluarkan simpanan KWSP untuk ‘berjoli’. Daripada kajian senarai pencarum, kami mencadangkan kelulusan diberi kepada tiga juta pencarum. Setakat ini, PGIR juga menerima laporan dan aduan seramai 320,000 pencarum terkesan dan ianya belum mengambil kira jumlah sebenar pencarum di luar yang betul-betul terkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Global Human Rights Federation (GHRF), bagi memperjuangkan tuntutan KWSP bersasar 2.0.
Mengulas lanjut, Azmi yakin kerajaan akan meluluskan permohonan itu bagi memastikan kelangsungan hidup golongan terkesan.
Ditambah tuntutan PGIR disokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan wakil rakyat di Dewan Rakyat.
Selain itu, beliau berkata, menerusi kerjasama dengan GHRF, PGIR akan membawa empat usul tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut kategori dan keperluan.
KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan antaranya untuk golongan seperti, beliau berkata, suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenarkan untuk mengeluarkan semua simpanan bagi menyara kelangsungan hidup.
Selain itu, katanya, bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja serta berhenti sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana faktor usia dan kesihatan, juga perlu dibenarkan mengeluarkan semua simpanan persaraan mereka.
Pencarum yang masih aktif mencarum, berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan Akaun 1 melebihi RM20,000 juga perlu dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada jumlah itu.
Usul keempat, katanya, pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai baki simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah, boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki sebanyak RM200 dalam Akaun 1 dan 2.
Justeru, KWSP Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan mengikut keperluan yang diperlukan supaya ia dapat membantu golongan-golongan yang betul-betul memerlukan dan tersempit untuk menyara kehidupan harian mereka.