Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Sehari dan Sebulan

Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat mulia yang ditunggu-tunggu oleh semua orang islam. Sedar tak sedar Bulan Ramadhan makin menjelma tiba. Tinggal berbaki 22 hari lagi sebelum tiba bulan puasa. Bersediakah anda menyambutnya tahun ini? Jangan lupa ganti puasa yang tertinggal tau.

Ramadhan

Pengeritan Ramadhan

Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut menurut laman FB juga turut dikongsikan.

AL-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Hadis: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji (Riwayat Bukhari dan Muslim)

CARA BACAAN LAFAZ NIAT HARIAN DAN SEBULAN PUASA BULAN RAMADHAN 

LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN (HARIAN)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN SEBULAN (SEPENUHNYA)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
BACAAN DOA BERBUKA PUASA
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

SOALAN:

Apa perkara yang membatalkan puasa?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara:

1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
3) Sengaja muntah.
4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
5) Merancap. Yakni mengeluarkan air mani.
6) Datang darah haid atau nifas.
7) Gila dan murtad.

 

Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal. Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).
Perlu disebutkan juga, dalam kes pemakaian inhaler bagi pesakit asthma, kami tarjihkan pendapat tidak membatalkan puasa atas sebab darurat dan lain-lain. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #15: Hukum Menggunakan ‘Inhaler’ di laman web kami.

Selain daripada lafaz niat ini, sememangnya semua orang perlu menjaga setiap pemakanan terutama kepada anak-anak kita. anda boleh rujuk artikel berkenaan dengan TINGKATKAN IMMUNE BADAN ANAK-ANAK DENGAN 5 TIPS PEMAKANAN YANG TEPAT untuk lebih lanjut. semoga bermanfaat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More