Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Tips Mudah Lajukan Internet Wifi Di Rumah

Nak Tahu Tips Mudah Bagi Lajukan Internet Wifi Di Rumah? Baca Artikel Ini!

Dari 1 bulan ke 2 bulan. Dari 2 bulan jadi 3 bulan. Lama-kelamaan dah sampai setahun lebih dah pun kita kena hadapi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Sampaikan macam-macam nama yang dah dicipta nak tunjukkan betapa banyaknya peringkat kawalan pergerakan ni. Sampaikan kita pun dah pusing kepala nak fikir. Betul tak?

            Kesannya, kita ni sebagai rakyat kenalah mulai terima perubahan yang boleh dikatakan agak drastik ni. Mana tidaknya, anak-anak belajar pakai media sosial, ibu bapa bekerja dari rumah dan nak berjumpa dengan saudara mara pun kena atas talian. Haru betul bukan?

5 Tips Mudah Lajukan Internet Wifi Di Rumah 1

Tapi, saya nak tanyalah kan dekat anda semua, dalam banyak-banyak perkara yang jadi, benda apa yang merungsingkan kepala kita? Ya, betul jawapannya. Masalah capaian rangkaian wifi di rumah yang slow.  Masalah ini bukan saya, bukan anda dan bahkan bukan Mak Bedah jiran rumah sebelah tu sahaja yang kena alaminya. Kita semua kena hadap masalah yang sama. Betullah kan, internet ni kejap laju, kejap lembab. Apa masalahnya ya?

Isi Kandungan

MASALAH MAJORITI IBU-BAPA DI RUMAH BERKAITAN INTERNET

Ramai sebenarnya yang terdiri daripada golongan ibu bapa yang tidak sedar bahawa mereka mengalami masalah yang sama. Berikut merupakan antara bukti masalah yang berkaitan dengan capaian internet wifi di rumah:

  • “Loading” ke sesuatu laman web mengambil masa yang terlalu lama
  • Ketika anda ingin memuat turun sebarang fail sama ada bersaiz kecil mahupun besar, tetapi status muat turun adalah tidak bermula, kekal pada 0% dan masa telah tamat
  • Mesej Whattsapp lambat masuk, sedangkan sudah dihantar
  • Tidak dapat membuka gambar atau video yang pendek

Jadi, dekat sini anda semua memang beruntung sebab saya ada berita menarik nak sampaikan dekat anda semua. Saya nak kongsikan dengan anda semua 5 Tips Mudah Bagi Lajukan Internet Wifi Di Rumah. Dengan hanya mengikuti tips-tips ini, saya jamin anda sudah boleh buang ke tepi masalah ini. Tak percaya? Jom saya buktikan.

PENYELESAIAN MASALAH INTERNET WIFI

  1. Di manakah terletaknya lokasi ROUTER anda?

Betul ke tips mudah bagi lajukan internet wifi di rumah ini berkesan? Dan apa kaitannya dengan kedudukan router? Mari baca penjelasan ini tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Ramai ibu-ibu, bapa-bapa yang lebih gemar meletakkan router WIFI mereka di tempat-tempat tersembunyi seperti di dalam almari televisyen, di sebalik pokok hiasan dan ada juga yang meletakkan di ruangan dapur. Nampak macam logik, tetapi salah sebenarnya ya. Cara yang betul untuk meletakkan router adalah pada:

5 Tips Mudah Lajukan Internet Wifi Di Rumah 2

  • JARAK

-Letakkan router di tempat yang anda sering layari internet. Lebih jauh jarak anda dengan router, maka isyarat internet pun semakin berkurangan.

  • HALANGAN

-Letakkan router di tempat terbuka seperti atas meja ataupun rak yang kosong. Halangan seperti dinding, kaca meja dan bilik tertutup akan memberi kesan kepada rangkaian.

  • HABA

-Elakkan meletak router WIFI berhampiran dengan peralatan elektronik yang membebaskan haba. Majoritinya, mereka lebih gemar meletakkan router berdekatan atau bersebelahan dengan televisyen mahupun komputer dengan beranggapan internet menjadi lebih laju. Sedangkan, ini adalah tindakan yang tidak benar kerana haba yang dibebaskan oleh peralatan elektronik menyebabkan router tidak dapat berfungsi dengan efisien jikalau panas.

  1. Padamkan dan hidupkan semula router (REBOOT)

5 Tips Mudah Lajukan Internet Wifi Di Rumah 3

Ini adalah tanggungjawab kita sebagai pengguna. Untuk mendapatkan rangkaian internet yang lebih laju, kita harus memastikan penjagaan yang baik ke atas peralatan elektronik. Ha jangan main-main ya. Benda kecil ini yang kita pandang remeh, sebenarnya bagi impak yang tidak terjangka.

Dengan reboot router di tempat kediaman, anda dapat meningkatkan kelajuan internet daripada sebelumnya. Ini kerana, memori pada router akan dibersihkan dan segala kemas kini yang terbaharu pada router akan di-install secara automatik. Lakukanlah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Janganlah lupa ya untuk membersihkan habuk-habuk tersembunyi yang berada di celah-celah router.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, habuk yang terlalu banyak yang berada di router wifi jugak akan memberikan kesan kepada fungsi router wifi. Konsep ini sama juga dengan penggunaan CPU Komputer ataupun Televisyen. Cadangan cara ini amatlah mudah bagi lajukan wifi di rumah anda.

  1. Kenal pasti saluran Wifi dan capaiannya di kawasan anda

Ramai ibu bapa yang selalu salah dalam memilih jenis rangkaian internet dan wifi yang betul-betul sesuai dan stabil di kawasan perumahan mereka. Mereka hanya lebih gemar memilih rangkaian yang menawarkan data yang lebih murah, banyak dan berbaloi. Sedangkan, perkara utama yang perlu dibuat adalah memeriksa jenis rangkaian internet yang mendapat liputan paling tinggi dan penggunaan yang rendah di kawasan tersebut. Berikut merupakan antara jenis rangkaian yang sering digunakan. Pilihlah rangkaian yang benar untuk lajukan internet wifi di rumah.

NAMA TELEKOMUNIKASI/RANGKAIAN

PAUTAN WEBSITE

Unifi

Link rasmi Unifi

Celcom

Link rasmi Celcom

YES

Link rasmi YES

Maxis

Link rasmi Maxis

Sebelum memilih sebarang jenis rangkaian, anda perlu mengetahui terlebih dahulu rangkaian yang tidak ramai orang menggunakannya di tempat anda. Mengapa? Jika terlalu ramai orang di kawasan anda yang menggunakan saluran yang sama, anda akan sedar perubahan kelajuan pada internet. Keadaan ini menjadikan saluran pada masa itu agak sesak dan terbantut.

Jadi, jangan pula pelik kalau rumah Mak Bedah jiran sebelah boleh layan Netflix dengan tenang ya kerana internetnya lebih laju. Gunakanlah program seperti Wifi Scanner atau KisMAC untuk pengguna Mac dan insider untuk PC bagi mengetahui saluran yang tidak begitu padat. Banyak sebenarnya saluran wifi yang ada, cumanya keputusan terletak di tangan kita. Jadi, tunggu apa lagi? Jom lajukan internet wifi di rumah anda.

  1. Tingkatkan keselamatan rangkaian WIFI

Dunia zaman sekarang, di mana teknologi semakin berkembang pesat, ramai orang lebih gemar menggunakan cara mudah untuk dapatkan data atau wifi percuma dengan hanya hacking. Berhati-hati ya tuan-tuan dan puan-puan. Jangan pandang remeh terhadap kata kunci keselamatan atau password wifi anda. Sedangkan anak muda yang berumur belasan tahun pun dah boleh access wifi rumah jiran tanpa mereka sedar, ini apatah lagi yang sudah umur panjang. Cara ini dapat lajukan internet wifi di rumah anda kerana kurang penggunaan daripada pihak luar.

Carilah di Google ciri-ciri keselamatan yang bagus. Lebih baik jikalau anda menjadikan saluran wifi anda sebagai hidden network.  Lebih baik jikalau jiran anda tidak mengetahui sama sekali nama rangkaian wifi anda. Kita bukanlah hendak bersangka buruk, akan tetapi sediakanlah payung sebelum hujan Jadi, perkara ini dapat menjamin keselamatan wifi anda lebih-lebih lagi di kawasan pangsapuri.

Berikut merupakan antara tips bagi menjamin keselamatan wifi anda di rumah.

  • Ibu bapa haruslah memastikan agar kata laluan wifi rumah tidak dikongsi ke orang luar
  • Bagi meningkatkan keselamatan, ibu bapa amatlah digalakkan untuk menukar kata laluan wifi sekurang-kurang 3 bulan sekali. Jikalau berasa was-was, segeralah menukarkannya.
  • Memastikan password wifi mengandungi elemen yang pelbagai iaitu melebihi 8 aksara, penggunaan nombor, simbol dan huruf yang pelbagai.
    -CONTOH: @WifiRumah012-
  1. Gunakan aplikasi atau peralatan wifi booster

            Banyak sebenarnya istilah yang digunakan, tetapi yang paling kita biasa dengar adalah booster. Wifi booster ini dapat menangkap signal wifi dengan lebih efisien, menguatkan capaian internet dan kemudiannya menghantar semula kepada gajet yang bersambung dengan rangkaian internet. Tahap kekuatan dan kebolehan wifi booster ini bergantung kepada bajet dan modal yang anda ada.

Kebiasaanya, lebih tinggi harganya, lebih lajulah rangkaian wifi anda. Pada zaman sekarang, lebih banyak wifi booster yang dijual sama ada di kedai-kedai atau pun secara atas talian . Wifi Booster kini dilengkapi dengan pelbagai kecanggihan yang dapat lajukan internet wifi di rumah dan meningkatkan keupayaan untuk menarik signal wifi. Haa tetapi, berpada-padalah dalam memilih dan membeli.

5 Tips Mudah Lajukan Internet Wifi Di Rumah 4

Bagi aplikasi pula, kebiasaanya berfungsi sebagai pengesan jaringan, melindungi capaian internet dan mempercepat internet dengan menutup aplikasi yang berjalan di latar belakang. Banyak sebenarnya aplikasi yang boleh lajukan internet wifi di rumah anda yang boleh didapati di Google Play atau Play Store.

  • Wifi Router Booster
  • Connection Stabilizer Booster
  • Wifi Enhancer
  • Speed Test Meter- WIFI Coverage & Speed Test

Dunia zaman sekarang, segala maklumat dan perisian aplikasi hanya berada di hujung jari. Tips mudah bagi lajukan internet wifi di rumah ini sewajarnya diguna pakai oleh golongan ibu bapa bagi mengatasi masalah rangkaian internet yang lambat.

PENUTUP

Haa tunggu apa lagi tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Sudah faham atau belum berkaitan 5 tips mudah bagi Lajukan Internet Wifi Di Rumah yang telah saya kongsikan? Marilah kita jadikan rangkaian internet kita di rumah lebih laju daripada sebelumnya. Lepas ni, saya jamin, anda tidak perlu susah-susah nak fikir cara lain untuk dapatkan capaian internet yang pantas. Menjadi ke kalau ikut? Menjadi atau tidak, andalah yang menentukannya. Peluang di depan mata, buat apa nak lepaskan, betul?

Akhir kalam, selamat maju jaya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More