Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Larangan Sebelum Qurban Bermula 1 Zulhijjah (Potong Kuku Dan Bulu)

Larangan Sebelum Qurban adalah memotong kuku dan rambut bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban bermula pada 1 Zulhijah waktu Malaysia (Tarikh Hari Raya Haji 2024).

Ini kerana penentuan tarikh Zulhijah mengikut negeri yang ia berada.  Manakala larangan tersebut akan gugur setelah haiwan korban tersebut disembelih seperti yang dinyatakan di dalam hadis (حَتَّى يُضَحِّ) maksudnya (sehingga selesai sembelihan).

LARANGAN SEBELUM QURBAN
Larangan Sebelum Qurban Bermula 1 Zulhijjah (Potong Kuku Dan Bulu) 4

Hal ini juga termasuk bagi mereka yang melakukan ibadah korban di luar negara yang berbeza tarikh hari raya Aidiladha, kerana had larangan sebelum qurban iaitu memotong kuku dan rambut ialah sehingga selesai haiwan disembelih.

Isi Kandungan

Hukum Larangan Sebelum Qurban

Ibadah korban bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merupakan syiar agama Islam bagi menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT.

LARANGAN SEBELUM QURBAN
Larangan Sebelum Qurban Bermula 1 Zulhijjah (Potong Kuku Dan Bulu) 5

Menurut Mufti Kuala LUmpur, seperti yang ditulis menerusi laman rasmi Irsyad Al Fatwa Khas Haji Dan Korban, umat Islam yang berniat untuk menunaikan ibadah korban, mereka disarankan untuk tidak memotong kuku dan bulu-bulu di badan bermula pada awal bulan Zulhijah sehingga hari pelaksaan sembelihan. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah isteri Baginda Nabi SAW menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang memiliki haiwan korban untuk disembelih, apabila kelihatan anak bulan Zulhijah, maka janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban (Riwayat Muslim).

LARANGAN SEBELUM QURBAN
Larangan Sebelum Qurban Bermula 1 Zulhijjah (Potong Kuku Dan Bulu) 6

Menurut Imam al-Nawawi, makruh bagi mereka yang berniat untuk melakukan ibadah korban memotong kuku dan rambut sehinggalah haiwan korban itu disembelih. Hal ini sepertimana yang dinyatakan di dalam karyanya:

Maksudnya: Menurut mazhab kami (al-Syafi’i), sesungguhnya memotong rambut dan kuku pada sepuluh hari (iaitu 1 hingga 10hb) bulan Zulhijah bagi mereka yang hendak menunaikan ibadah korban adalah makruh, iaitu makruh tanzih sehingga selesai haiwan korban disembelih.

Syeikh Ibrahim al-Baijuri menyatakan bahawa, mereka yang melakukan korban disunatkan untuk tidak memotong kuku dan rambut sehingga haiwan korbannya disembelih walaupun ia disembelih pada hari terakhir hari tasyrik. Begitu juga pada hari Jumaat, seseorang itu disunatkan untuk memotong kuku, namun bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban makruh untuk melakukannya. Hal ini kerana dapat mengambil ganjaran yang diberikan iaitu pengampunan daripada dosa dan diberi kebebasan daripada api neraka.

Penutup

Oleh itu, larangan memotong kuku dan rambut bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban bermula pada 1 Zulhijah waktu Malaysia, kerana penentuan tarikh Zulhijah mengikut negeri yang ia berada.

Manakala larangan sebelum Qurban tersebut akan gugur setelah haiwan korban tersebut disembelih seperti yang dinyatakan di dalam hadis (حَتَّى يُضَحِّ) maksudnya (sehingga selesai sembelihan). Hal ini juga termasuk bagi mereka yang melakukan ibadah korban di luar negara yang berbeza tarikh hari raya Aidiladha, kerana had larangan memotong kuku dan rambut ialah sehingga selesai haiwan disembelih.

Semoga semua yang melakukan ibadah korban mematuhi larangan sebelum qurban ini agar dapat ganjaran semaksimun mungkin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More