Sumber Rujukan Globalisasi Anda

25 CONTOH LATIHAN KARANGAN BAHASA MELAYU UPSR

Latihan Karangan Bahasa Melayu UPSR ini adalah himpunan contoh-contoh karangan hasil dari perkongsian guru-guru yang berpengalaman untuk membantu para pelajar membuat  persedian bagi meghadapi peperiksaan UPSR. Bahan-bahan yang terpilih ini dibentuk dan dikemukakan dalam format baharu dan memenuhi piawaian standard Lembaga Peperiksaan Malaysia dan KPM.

Diharapkan Latihan Karangan Bahasa Melayu yang dikongsi ini serba sedikit membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam membina karangan yang menarik dan terbaik. Latihan yang cukup juga sangat penting dalam membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebenar nanti.

Untuk mendapatkan Latihan Karangan Bahasa Melayu UPSR anda boleh memuat turun seperti dibawah:

Isi Kandungan

Dapatkan “Latihan Karangan Bahasa Melayu” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download Disini

Himpunan Koleksi Latih Tubi Bahasa Inggeris!!

Untuk mendapatkan koleksi latih tubi BI tahun 1-5 , anda boleh click link berikut: Latih Tubi Bi Tahun 1-5

Tips Cemerlang Bahasa Melayu Penulisan

1.Kuasai Kosa Kata

Kemahiran ini sangat penting untuk menjawab soalan Bahagian A, Kertas Pemahaman. Aspek ini diuji secara langsung dalam soalan penggunaan kata seperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Dalam Kertas Penulisan, kosa kata yang luas amat dititikberatkan untuk mendapat markah yang lebih baik. Calon mestilah memiliki perbendaharaan kata yang tinggi dan mencakupi banyak bidang kerana soalan yang berkaitan dengan kosa kata dan penggunaan kosa kata yang luas tidak berkaitan dengan rumus tatabahasa.

Oleh sebab itu, calon mestilah banyak membaca pelbagai bahan bacaan yang sesuai seperti majalah, akhbar, dan buku cerita. Kamus hendaklah dijadikan rujukan penting untuk memahami perkataan yang sukar dan mempelajari perkataan yang lebih menarik, khususnya dalam penulisan karangan. Karangan yang berkesan memiliki jumlah kosa kata yang luas dan menarik apabila dibaca. Kosa kata yang luas akan memudahkan calon menjawab soalan penggunaan kata, kata hampir sama makna dan menentukan ayat yang betul. Biasanya, kosa kata yang berkaitan dengan kata kerja dan kata adjektif yang banyak dikemukakan dalam Bahagian A, Kertas Pemahaman.Untuk menguasai bahas melayu penulisan, pelajar perlu memperbnyakkan membuat Latihan Karangan Bahasa Melayu.

2.Kuasai Tatabahasa

Tatabahasa merupakan aspek yang agak sukar bagi kebanyakan calon. Hal ini dikatakan demikian kerana tatabahasa merupakan sistem bahasa yang ada rumus dan hukumnya. Soalan tentang tatabahasa lazimnya dikemukakan dalam Bahagian A, Kertas Pemahaman (Soalan 15 & 16 – Pilih ayat yang betul). Antara kesalahan umum tatabahasa yang kerap dikemukakan termasuklah kesalahan kata sendi nama, kata hubung, kata nafi, kata perintah, kata bilangan, kata tanya dan kata pemeri. Calon perlu menguasai pembentukan ayat pasif, ayat perintah, ayat tanya dan struktur ayat yang tepat. Dalam Kertas Penulisan, aspek tatabahasa menjadi keutamaan dalam pemberian markah selain markah isi dan huraiannya. Sekiranya calon gagal menggunakan bahasa dengan baiknya dalam penulisan karangan, calon sukar untuk mendapat markah cemerlang walaupun ada isi dan huraian yang relevan.

Untuk memahami dan menguasai tatabahasa dengan cemerlangnya, calon dinasihati agar sentiasa merujuk guru sekiranya berhadapan dengan masalah ini. Calon perlu menjawab soalan-soalan yang pernah dikemukakan dalam UPSR sebelum ini kerana kebanyakan isu yang dikemukakan lazimnya akan disoal kembali dalam ayat yang berbeza. Misalnya, penggunaan kata sendi nama dari dan daripada, kata berbagai dan berbagai-bagai, dan perbezaan antara bukan dengan tidak telah dikemukakan beberapa kali dalam UPSR sejak tahun 2001. Sistem ejaan yang betul dan tepat mestilah dikuasai oleh calon untuk mengelakkan pemotongan markah Kertas Penulisan.

3.Kuasai Teknik Penulisan

Bahagian B, Kertas Pemahaman Soalan 23, Soalan 24 dan Soalan 25 (Bahagian B) Kertas Pemahaman ialah soalan yang berkaitan dengan petikan. Calon akan diberi petikan dan beberapa soalan yang berkaitan dengan petikan. Lazimnya, soalan ini memerlukan calon menulis jawaban yang dapat ditemukan daripada petikan yang diberikan. Ada soalan yang memerlukan calon menulis jawaban yang tidak ada dalam petikan kerana arahannya ialah pada pendapat kamu. Oleh sebab itu, calon dinasihati agar menguasai kemahiran berfikir selain menulis jawaban berdasarkan kehendak soalan. Teknik penulisan ini mestilah difahami dengan baiknya kerana calon tidak akan mendapat markah penuh sekiranya jawaban yang diberikan tidak bersesuaian dengan skema. Untuk menguasai bahas melayu penulisan, pelajar perlu memperbnyakkan membuat Latihan Karangan Bahasa Melayu.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Latihan Karangan Bahasa Melayu ini membantu anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More