Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Latihan Percubaan PLKN 3.0 Bermula 12 Januari 2025

Berikut dikongsikan mengenai pelaksanaan Latihan Percubaan PLKN 3.0 yang telah bermula pada 12 Januari 2025 baru-baru ini.

Isi Kandungan

Konsep PLKN 3.0

Pada 27 Jun 2024, mesyuarat telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan Malaysia melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu yang baik untuk yang berumur antara 17 hingga 35 tahun.

Konsep PLKN 3.0 ini dibangunkan berteraskan:

  • Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628),
  • Dasar Keselamatan Negara (DKN),
  • Kertas Putih Pertahanan (KPP), dan

dasar-dasar berkaitan yang disebut sebelum ini.

Konsep ini dibentuk dengan gabungan dua (2) komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat (4) Fasa.

PLKN 3.0 akan diwujudkan semula dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia.

Pelaksanaan semula PLKN 3.0 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.

PLKN 3.0 akan dilaksanakan di 13 buah Kem Askar Wataniah, 20 buah Universiti Awam (UA), 33 buah Politeknik, 27 Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institusi Latihan Perindustrian (ILP) yang akan dijadikan tempat latihan asas PLKN.

Latihan Percubaan PLKN 3.0 Bermula 12 Januari 2025 1

PLKN 3.0 di Malaysia bertujuan untuk melatih dan membentuk generasi muda menjadi lebih berdisiplin, bertanggungjawab, serta berjiwa patriotik. Justeru, faedah yang boleh diperoleh oleh pelatih yang menyertai program ini adalah:

  • Pembentukan Jati Diri dan Sahsiah.
  • Meningkatkan Semangat Patriotisme.
  • Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
  • Pembangunan Kemahiran Insaniah.
  • Peluang Peningkatan Kerjaya.
  • Jaringan Sosial dan Persahabatan.
  • Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.

Jurulatih yang terlibat dengan PLKN 3.0 juga akan memperoleh pelbagai kebaikan, antaranya:

  • Peningkatan Kemahiran Kepimpinan dan Pengurusan.
  • Pengalaman Kerja yang Berharga.
  • Pembangunan Diri.
  • Sumbangan kepada Pembangunan Negara.
  • Peluang Jaringan dan Pembinaan Rangkaian.

Syarat-Syarat Menyertai PLKN 3.0

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menyertai PLKN 3.0 adalah seperti berikut:

Warganegara MalaysiaHanya rakyat Malaysia yang layak menyertai program ini.
UmurCalon mestilah berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi).
Kesihatan Fizikal dan MentalCalon haruslah berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental.
Belum Pernah Menyertai PLKNCalon yang belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.

Pelaksanaan Latihan Percubaan PLKN 3.0

Tarikh yang ditetapkan untuk pelatih sukarela melapor diri dalam PLKN 3.0 ini adalah pada 12 Januari 2025 dan tarikh tamat bagi Fasa Latihan Percubaan PLKN ini adalah pada 25 Februari 2025.

Tempoh masa bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 adalah selama 45 hari.

Latihan Percubaan PLKN 3.0 ini akan melibatkan 200 orang pelatih dan akan dilaksanakan di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Transit, Jalan Buku Lima, 54000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Peserta yang terpilih untuk menyertai Latihan Percubaan PLKN 3.0 akan dimaklumkan melalui dua (2) saluran utama, iaitu:

  1. Peserta akan menerima makluman melalui e-mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan; dan
  2. Peserta juga akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan mereka.

Jika tidak dipanggil, ini tidak bermakna calon gagal untuk menyertai PLKN. Calon masih berpeluang untuk dipanggil pada siri PLKN yang akan datang, selagi usia mereka belum mencapai 35 tahun.

Peserta yang terlibat dalam PLKN 3.0 adalah warganegara yang berusia antara 16 hingga 35 tahun mengikut Fasa yang telah ditetapkan.

Bagi Fasa Percubaan (Januari 2025) dan Fasa Rintis (Julai dan Oktober 2025) akan melibatkan peserta warganegara yang berusia 18 hingga 20 tahun sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Latihan Percubaan PLKN 3.0, pihak yang perlu dihubungi adalah di talian 03 – 4012 7306, 03 – 4012 6151 dan 03 – 4012 6538 pada waktu bekerja.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More